Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Penyerahan Tongkat Kuasa berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Ia disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Di sebelah petangnya Majlis Perbarisan Perpisahan dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara berlangsung di PULAPOL.

Khalid, yang berasal dari Seremban, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM. Mula berkhidmat sebagai inspektor pada 5 Dis 1976.

Pada 17 Mei 2013, Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut BERNAMA, Tan Sri Khalid ingin belajar memasak setelah bersara dari PDRM.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari