23.6 C
New York
Monday, January 25, 2021

Setiaku Pasti LIVE – Fara Hezel | VIDEO

Persembahan secara langsung dari Fara Hezel di konti KLfm, diiringi musik akustik. Nur Fara Azira Binti Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan “Fara Hezel” merupakan...

Muat Naik Terkini

3 Ditahan Hina Sultan Muhammad V – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 9 Januari – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu semalam bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkait isu baginda meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tiga individu adalah Eric Liew Chee Ling, 46, Azhan Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26.

“Pengguna Facebook, Eric Liew dan pemilik akaun Twitter, @azhamakhtar dan @aliaastaman ditahan selepas polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuat naik komen berunsur hinaan.

Eric Liew mengeluarkan kenyataan yang menghina.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuzi menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan bersifat provokatif.

“Elakkan memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini,” katanya.

Komen dari suami isteri ini mendapat reaksi dari warganet.

Latest Posts

Menarik

Terkini Terus Pada Anda

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.