JEPUN, 3 September – Puteri Mako, cucu kepada Maharaja Akihito memilih Kei Komura, seorang rakyat biasa sebagai teman hidup.

Pengumuman tidak rasmi mengenai pertunangan  dibuat mereka setelah mendapat restu dari Maharaja di Jepun, Maharaja Akihito,

Puteri Mako dan Kei Komuro, keduanya 25 tahun bertemu ketika belajar di International Christian University, Tokyo.

Menurut Puteri Mako, beliau tertarik kepada senyuman Kei Komuro yang bersinar seperti mentari.

Keputusan ini akan menyebabkan status di-Raja Puteri Mako lupus. Walaubagaimanapun ia tidak mendatangkan kesan yang besar kerana mengikut istiadat di-Raja Jepun, seorang wanita tidak boleh menaiki takhta.

Kei Komuro melamar Puteri Mako pada Disember 2013 dan besar kemungkinan akan melangsungkan perkahwinan pada musim luruh tahun hadapan setelah semua istiadat rasmi selesai.

 

Like kami di Facebook
Follow kami di Twitter
Follow kami di Instagram

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari