Pegawai Bomba Kanan 1 Malley Salim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan jam 2.05 petang bersama sebuah jentera dan lapan anggota.

“Sebaik tiba, kami dapati lembu betina itu di dalam perigi sedalam lebih dua meter.”

“Lembu itu kemudian berjaya dikeluarkan dari perigi menggunakan tali kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian,” katanya lagi.

Malley berkata, lembu tersebut tidak terlibat dalam ibadah korban pada tahun ini.