KUCHING, 14 November 2025 – Festival Filem & Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 membuka tirainya dengan sebuah Malam Pembukaan serba gemerlapan bertemakan “AIFFA 2025 Under the Stars” dan acara tersebut berlangsung di Grand Margherita Hotel dengan menghimpunkan delegasi dari seluruh negara ASEAN, termasuk penyertaan terbaharu daripada Timor Leste.
Majlis tersebut bukan sekadar ruang pertemuan semula antara penggiat industri serantau, malah menjadi platform penting untuk membuka peluang kerjasama baharu dalam pembangunan filem ASEAN.
• Delegasi seluruh ASEAN termasuk Timor Leste hadir memeriahkan acara perfileman serantau.
• Malaysia tersenarai dalam kategori utama seperti Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik & Filem Terbaik.
• Penganjur umum lebih 200 penyertaan, rekod tertinggi sejak festival bermula.
• Kerjasama Asian UniFest tarik 47 universiti dan 150 pelajar dari tujuh negara.
• Ketua juri U-Wei Haji Saari puji kepelbagaian budaya & kualiti teknikal filem ASEAN.
• Pemenang akan diumumkan pada AIFFA Gala Night, 15 November di Pullman Kuching.
• Festival terus perkuat kedudukan sebagai platform perfileman ASEAN paling berpengaruh.
Pencalonan Utama AIFFA 2025
Senarai calon bagi tiga kategori utama turut diumumkan pada majlis tersebut.
Pelakon Lelaki Terbaik
- Wu Kang-Ren – Abang Adik (Malaysia)
- Qi Razali – Babah (Malaysia)
- Jansen Magpusao – The Gospel of the Beast (Filipina)
- Le Phong Vu – Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam)
- Jomari Angeles – Some Nights I Feel Like Walking (Filipina)
Pengarah Terbaik
- Pham Thien An – Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam)
- Petersen Vargas – Some Nights I Feel Like Walking (Filipina)
- Jin Ong – Abang Adik (Malaysia)
- Sheron Dayok – The Gospel of the Beast (Filipina)
- Sokyou Chea & Inrasothythep Neth – Tenement (Kemboja)
- Tumpal Tampubolon – Crocodile Tears (Indonesia)
- Sabrina Rochelle Kalangie – Home Sweet Loan (Indonesia)
Filem Terbaik
- Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
- Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
- Abang Adik – Malaysia
- The Gospel of the Beast – Filipina
- Tenement – Kemboja
- Crocodile Tears – Indonesia
- Home Sweet Loan – Indonesia
AIFFA 2025 terus menegaskan kedudukannya sebagai platform penting yang menyatukan perfileman ASEAN, mempromosikan bakat baharu serta memperlihatkan kekayaan naratif serantau kepada dunia.
Pemenang rasmi akan diumumkan pada AIFFA Gala Night yang dijadualkan berlangsung di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel Kuching, pada 15 November 2025.

Pengarah Festival, Livan Tajang, menyifatkan penganjuran tahun ini sebagai antara yang paling signifikan sejak AIFFA diperkenalkan.
Menurutnya, AIFFA 2025 menerima lebih 200 penyertaan dari seluruh Asia dengan jumlah tertinggi dalam sejarah festival.
“Ketika festival ini bermula, kita hanya menerima lapan penyertaan. Tahun ini kita berjaya mencapai 200, satu perkembangan besar yang membuktikan minat Asia terhadap AIFFA semakin kukuh,” – Livan Tajang, Pengarah Festival.
Selain penyertaan umum, AIFFA turut memperluas fokus pembangunan modal insan melalui kerjasama bersama Asian UniFest, sebuah inisiatif yang menghimpunkan karya pelajar universiti dari Asia.

Livan mendedahkan bahawa sebanyak 47 universiti, melibatkan kira-kira 150 pelajar dari tujuh negara termasuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, mengambil bahagian tahun ini.
“Misi kami jelas iaitu membina generasi pembikin filem masa depan. Dengan adanya platform seperti ini, bakat muda akan membawa pengalaman mereka dan kembali sebagai penggiat profesional suatu hari nanti.” – Livan Tajang, Pengarah Festival.
Ketua Juri AIFFA 2025, U-Wei Haji Saari turut menyifatkan barisan filem yang dipertandingkan sebagai cerminan kekayaan budaya dan keunikan sinema ASEAN.

Beliau turut menekankan bahawa proses penjurian bukan sahaja mencabar kerana kualiti tinggi setiap filem, malah memberikan pengalaman pembelajaran yang mendalam kepada panel juri.
SENARAI PENUH PENCALONAN AIFFA 2025
Lakon Layar Terbaik
- Abang Adik – Malaysia
- The Gospel of the Beast – Filipina
- Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
- Tenement – Kemboja
- Chi Dau – Vietnam
Suntingan Filem Terbaik
- King of Hawkers – Singapura
- Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
- Babah – Malaysia
- Reversi – Malaysia
- Tenement – Kemboja
Sinematografi Terbaik
- Inside the Yellow Cocoon Shell – Vietnam
- Some Nights I Feel Like Walking – Filipina
- Tenement – Kemboja
- Green Bones – Filipina
- Mbutik – Indonesia
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Hong Dao – Chi Dau (Vietnam)
- Sweet Qismina – Babah (Malaysia)
- Imelda Budiman – Way Back Home (Indonesia)
- Zulfa Maharani – Crocodile Tears (Indonesia)
- Katrina Halili – AbeNida (Filipina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Ronnie Lazaro – The Gospel of the Beast (Filipina)
- Yoshihiko Hosoda – Tenement (Kemboja)
- Khiva Iskak – Way Back Home (Indonesia)
- Dennis Trillo – Green Bones (Filipina)
- Mogan Chandra Dass – Simple Manusan (Malaysia)
Pelakon Wanita Terbaik
- Viet Huong – Chi Dau (Vietnam)
- Sarina Mueller – Waiters (Brunei)
- Thanet Thorn – Tenement (Kemboja)
- Yunita Siregar – Home Sweet Loan (Indonesia)
- Marissa Anita – Crocodile Tears (Indonesia)



GIPHY App Key not set. Please check settings