in ,

Ke Mana Hilangnya Instagram mStar?

Pengguna media sosial khususnya pembaca setia mStar mula tertanya-tanya mengenai kehilangan akaun Instagram rasmi portal berita dan hiburan itu yang masih tidak dapat diakses sehingga kini.

Sejak beberapa minggu lalu, ramai menyedari akaun berkenaan tidak lagi muncul dalam carian Instagram, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah, sehingga kini masih belum ada penjelasan terperinci mengenai kehilangan akaun yang sebelum ini menjadi antara platform utama mStar untuk berkongsi berita dan kandungan hiburan.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Instagram mStar.

APA
Akaun masih hilang dan tidak dapat diakses.

BILA
Hampir sebulan.

DI MANA
Platform Instagram.

MENGAPA
Punca sebenar masih belum diketahui.

BAGAIMANA
Pengguna gagal menemui akaun rasmi mStar.

Ramai Sedar Bila Kandungan Tidak Lagi Muncul

Bagi pengguna yang mengikuti perkembangan hiburan tempatan, kehilangan akaun tersebut mula disedari apabila kandungan mStar tidak lagi muncul di ruangan Instagram seperti kebiasaan.

Ada yang menyangka ia sekadar gangguan sementara, namun selepas beberapa minggu berlalu, akaun tersebut masih gagal ditemui.

Situasi itu membuatkan ramai mula bertanya sesama sendiri mengenai status sebenar akaun berkenaan.

Screenshot

Meta Belum Beri Jawapan Rasmi

Menurut Editor mStar, Niezam Abdullah, pihaknya telah menghubungi Meta bagi mendapatkan penjelasan berhubung penggantungan akaun tersebut, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan yang jelas.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan itu mungkin berpunca daripada laporan pihak tertentu, beliau berpandangan perkara tersebut tidak berkemungkinan berlaku memandangkan kandungan yang diterbitkan oleh mStar merupakan kandungan asli yang sentiasa melalui proses semakan bagi memastikan ia mematuhi undang-undang serta garis panduan platform.

Dalam masa sama, beliau berkata penilaian dalaman yang dilakukan setakat ini mendapati penggantungan akaun berkenaan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan beberapa laporan berita mengenai konflik peperangan yang sedang berlangsung serta kandungan yang menyentuh isu berkaitan Israel.

Niezam Abdullah

Pelbagai Spekulasi Mula Timbul

Ada yang beranggapan akaun itu mungkin berdepan masalah teknikal, manakala sebahagian lagi tertanya-tanya sama ada ia berkaitan isu keselamatan akaun atau faktor lain.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai punca sebenar kehilangan akaun yang memiliki 1.5 juta pengikut itu.

Screenshot

Netizen Masih Menunggu Jawapan

Sehingga hari ini, persoalan yang sama masih bermain di fikiran ramai pengguna media sosial ke mana hilangnya Instagram mStar?

Walaupun ramai yang menantikan kepulangan akaun tersebut, tidak kurang juga yang meluahkan rasa puas hati dengan apa yang berlaku. Malah, ada netizen yang menganggap kehilangan akaun Instagram itu sebagai “karma”, merujuk kepada kontroversi dan kandungan sensasi yang pernah diterbitkan portal berkenaan sebelum ini.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ribuan Orkid Ambil Alih Genting! BUNGA 2026 Jadi Tumpuan Pencinta Flora