KUALA LUMPUR – Program realiti inovasi paling berpengaruh di Malaysia, INNOVATHON, kembali untuk musim ketiga melalui kerjasama antara Astro, Kementerian Ekonomi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, seiring usaha mencari idea yang mampu menyelesaikan cabaran sosioekonomi negara.
INNOVATHON 3 akan mula bersiaran pada 6 Disember 2025, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (104), selain turut disiarkan di RTM 1, Okey, Astro Vaanavil, Astro AEC dan Astro Showcase.
• 56 peserta terpilih untuk bersaing dalam lapan episod bermula 6 Disember 2025.
• Anugerah Khas Juri diperluas kepada tiga kategori dan terbuka kepada semua inovasi.
• Musim baharu menampilkan idea segar serta penambahbaikan inovasi musim lalu.
• Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan ditingkatkan kepada RM1.65 juta.
• Juri: YB Chang Lih Kang, Dato’ Nor Azmie Diron & Erra Fazira.
• Mentor: Datuk Aznil Hj. Nawawi; Hos: Awal Ashaari & Amelia Henderson.
• Boleh ditonton di Astro, RTM, Okey, On Demand, Astro GO & sooka.
Sebanyak 56 peserta telah dipilih melalui sesi uji bakat dan akan berentap dalam lapan episod yang menampilkan pelbagai inovasi segar.
Musim terbaharu ini turut memperkenalkan Anugerah Khas Juri yang merangkumi tiga kategori dan terbuka kepada semua bentuk inovasi dan tidak lagi terhad kepada peserta sekolah rendah sahaja.
Selain menampilkan produk baharu, musim kali ini juga memberi fokus kepada penambahbaikan idea yang pernah diketengahkan pada musim terdahulu.

Usaha ini sekaligus menarik penyertaan lebih ramai inovator muda yang ingin mempamerkan kreativiti mereka kepada umum.
Ketua Pegawai Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata Astro komited menyokong golongan pemikir kreatif dengan menyediakan platform untuk mempamerkan inovasi mereka.
Beliau menegaskan bahawa kerjasama bersama kementerian berkaitan memastikan setiap idea diberi ruang untuk berkembang ke tahap lebih tinggi dan memberi manfaat kepada kemajuan negara.
Dalam pada itu, Menteri Ekonomi YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut mengumumkan peningkatan nilai Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan kepada RM1.65 juta, berbanding RM1 juta sebelum ini, sebagai galakan kepada inovator tempatan.

Musim ketiga menampilkan barisan juri tetap iaitu YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, serta YBhg. Dato’ Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan mereka akan digandingkan bersama juri selebriti Erra Fazira.

Tokoh penyiaran, Datuk Aznil Hj. Nawawi, kembali sebagai Mentor Persembahan untuk membimbing peserta dari segi penyampaian dan karisma.
Pentas musim ini akan dikemudikan oleh Awal Ashaari dan Amelia Henderson, manakala personaliti digital Ceddy Ang sekali lagi ditugaskan mengacarakan segmen Kapsul INNOVATHON dan INNOVATHON XTRA untuk memberikan sorotan eksklusif di sebalik tabir serta ulasan juri.

Penonton boleh mengikuti INNOVATHON 3 di pelbagai saluran termasuk Astro, RTM dan Okey, serta menstrimnya melalui Astro GO, sooka dan On Demand.



GIPHY App Key not set. Please check settings