in

Filem Tenement Dari Kemboja Raih Kemenangan Gemilang di AIFFA 2025

Filem Tenement

KUCHING – Malam penuh gemerlapan di Colosseum Ballroom, Hotel Pullman, Kuching pada 11 November 2025 menyaksikan kejayaan luar biasa filem Kemboja, Tenement, yang diumumkan sebagai Filem Terbaik di ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 2025.

Karya seram ini berjaya menonjol di tengah-tengah persaingan sengit daripada tujuh filem lain dari seluruh rantau ASEAN sekaligus menandakan sejarah baru bagi festival yang menerima penyertaan tertinggi sejak ia ditubuhkan iaitu sebanyak 200 karya tahun ini.

Babak dalam Filem Tenement.
Ringkasan Utama AIFFA 2025
  • Filem Kemboja, Tenement, dinobat Filem Terbaik ASEAN 2025.
  • Pham Thien An (Vietnam) menang Pengarah Terbaik melalui Inside the Yellow Cocoon Shell.
  • The Gospel of the Beast (Filipina) raih Lakon Layar Terbaik.
  • Sweet Qismina dinobat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem Babah.
  • Ronnie Lazaro (Filipina) menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
  • Pelakon Lelaki Terbaik diumumkan dua pemenang serentak – Wu Kang-Ren (Malaysia) & Jomari Angeles (Filipina).
  • Yunita Siregar (Indonesia) menang Pelakon Wanita Terbaik melalui Home Sweet Loan.
  • AIFFA 2025 turut anugerahkan Anugerah Sepanjang Zaman & Inspirasi ASEAN kepada ikon filem antarabangsa, termasuk Simon Yam & Lav Dia.

Tenement bukan sekadar filem seram biasa tetapi ia diadaptasi daripada novel popular di Kemboja dan memukau juri dengan dark plot serta unsur misteri yang unik.

Kejayaannya menyingkirkan filem-filem terkenal lain termasuk Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam), Some Nights I Feel Like Walking (Filipina), Abang Adik (Malaysia), The Gospel of the Beast (Filipina), Crocodile Tears (Indonesia) dan Home Sweet Loan (Indonesia).

Sementara itu, kategori Pengarah Terbaik menjadi milik Pham Thien An dari Vietnam melalui karya Inside the Yellow Cocoon Shell, hasil arahan yang penuh simbolisme dan penceritaan visual yang halus.

Bagi Lakon Layar Terbaik, filem Filipina The Gospel of the Beast muncul sebagai pilihan juri kerana kekuatan naratif dan pembinaan watak yang mendalam.

Filem Vietnam, Inside the Yellow Cocoon Shell itu sekali lagi mencuri perhatian apabila memenangi Penyuntingan Terbaik, manakala Sinematografi Terbaik disandang Some Nights I Feel Like Walking hasil visual yang memukau dan penuh mood dramatik.

AIFFA 2025 turut memberikan dua Special Jury Award kepada karya yang menonjolkan kekuatan tema tersendiri, iaitu Tegkang dari Malaysia dan Waiters dari Brunei.

Bagi kategori lakonan, Malaysia turut bersinar apabila Sweet Qismina dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui lakonannya dalam Babah manakala pelakon lelaki dari Filipina, Ronnie Lazaro, membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi The Gospel of the Beast.

Dalam kategori utama, Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Yunita Siregar dari Indonesia menerusi Home Sweet Loan, sementara kategori Pelakon Lelaki Terbaik mencatat sejarah unik apabila dua aktor diumumkan sebagai pemenang serentak iaitu Wu Kang-Ren dari Malaysia (Abang Adik) dan Jomari Angeles dari Filipina (Some Nights I Feel Like Walking).

Selain pengiktirafan lakonan dan produksi, AIFFA 2025 turut memberi penghargaan khas melalui Anugerah Inspirasi ASEAN yang dimenangi oleh MButik dari Indonesia sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka memartabatkan identiti budaya dan semangat serantau.

Festival tahun ini juga meraikan ikon filem antarabangsa melalui Anugerah Sepanjang Zaman diberikan kepada pengarah tersohor Filipina, Lav Dia, manakala pelakon lagenda Hong Kong, Simon Yam, menerima Anugerah Inspirasi ASEAN.

AIFFA 2025 sekali lagi menegaskan statusnya sebagai platform utama perfileman ASEAN, mempamerkan bakat dan kreativiti yang bukan sahaja menyerlah di pentas antarabangsa tetapi juga memperkukuhkan hubungan budaya di seluruh rantau.

Malam gala ini bukan sekadar pengiktirafan trofi, tetapi sebuah sambutan seni yang menonjolkan impian, usaha, dan dedikasi penggiat industri filem di ASEAN.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Malam anugerah AIFFA2025

Babah Bawa Lagi Kemenangan, Sweet Qismina Rangkul Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Kuching

Tenement Jadi Filem Terbaik di AIFFA 2025

Wu Kang-ren Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA 2025, Filem Seram – Tenement Jadi Filem Terbaik