in ,

Dari Tomorrowland Ke Genting! ARTBAT, R3HAB Dan Chris Avantgarde Gegar Malaysia Sabtu Ini!

Peminat muzik elektronik bakal disajikan dengan pengalaman luar biasa apabila Sunset by NEON presents UPPERGROUND, hosted by ARTBAT berlangsung pada 20 Jun 2026 di Genting Highlands.

Festival yang berlangsung di kawasan tanah tinggi itu menghimpunkan beberapa nama terbesar dalam dunia muzik elektronik antarabangsa menerusi gabungan melodic techno, progressive house dan festival EDM dalam satu malam yang dijangka menjadi antara acara paling hangat di Asia Tenggara tahun ini.

Lebih menarik, beberapa artis yang terlibat bakal membuat penampilan sulung mereka di Malaysia menerusi acara eksklusif ini.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
ARTBAT, R3HAB, Chris Avantgarde, PlastiK Funk dan 7SKIES.

APA
Sunset by NEON presents UPPERGROUND.

BILA
20 Jun 2026.

DI MANA
Genting Highlands.

MENGAPA
Membawa pengalaman festival melodic techno bertaraf dunia ke Malaysia.

BAGAIMANA
Melalui gabungan artis antarabangsa dan produksi imersif berskala besar.

ARTBAT Bawa Konsep UPPERGROUND Ke Malaysia

Menjadi tunjang utama festival ini ialah duo sensasi dari Ukraine, ARTBAT yang terkenal menerusi karya seperti Horizon, For A Feeling, Atlas dan Upperground.

Nama mereka tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik elektronik selepas menggegarkan festival antarabangsa seperti Tomorrowland, Afterlife, Ultra Music Festival, Zamna dan Ushuaïa Ibiza.

Kali ini, ARTBAT bakal membawa konsep UPPERGROUND ke Malaysia buat pertama kali sekali gus menjadikan Genting Highlands sebagai destinasi pilihan untuk pengalaman muzik elektronik bertaraf dunia.

R3HAB Kembali Gegarkan Malaysia

Turut mencuri perhatian ialah kemunculan semula R3HAB yang merupakan antara DJ dan penerbit muzik elektronik paling banyak distrim di dunia.

Walaupun terkenal menerusi festival seperti Tomorrowland, EDC Las Vegas dan Ultra Music Festival, penampilan kali ini cukup istimewa kerana beliau kini semakin aktif meneroka genre melodic techno termasuk menerusi kolaborasi bersama ARTBAT dalam lagu Flight Mode.

Gabungan dua nama besar ini dijangka menjadi antara momen yang paling dinanti-nantikan peminat.

Debut Malaysia Buat Chris Avantgarde

Festival ini turut menyaksikan kemunculan pertama Chris Avantgarde di Malaysia.

Penerbit muzik dari Jerman itu dikenali sebagai individu di sebalik lagu Consciousness bersama Anyma yang menjadi antara karya paling ikonik dalam gerakan melodic techno global.

Walaupun sering tampil di festival besar Eropah dan acara Afterlife, penampilannya di rantau Asia masih terhad, menjadikan persembahan di Genting Highlands ini sesuatu yang cukup istimewa buat peminat tempatan.

Produksi Imersif Di Atas Awan

Selain barisan artis antarabangsa, Sunset by NEON turut menjanjikan pengalaman produksi yang lebih menyeluruh dengan gabungan visual berskala besar, sistem pencahayaan terselaras, reka bentuk bunyi sinematik dan suasana unik tanah tinggi Genting Highlands.

Pihak penganjur berkata festival ini diwujudkan bagi memberi pengalaman bertaraf antarabangsa yang sebelum ini hanya boleh dinikmati di luar negara.

“Sejak awal lagi, Sunset by NEON diwujudkan untuk mencipta pengalaman yang dirasakan mustahil untuk berlaku di Malaysia. Jika kami mahu membawa UPPERGROUND ke sini, ia perlu menjadi sesuatu yang benar-benar istimewa,” menurut pihak penganjur.

Tiket Kini Dijual

Sunset by NEON presents UPPERGROUND bakal berlangsung pada 20 Jun 2026 di Genting Highlands.

Tiket kini telah mula dijual dan boleh didapati menerusi laman web rasmi sunsetbyneon.asia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ungu Pilih Sendiri Marsha Milan, Tiket Ungu 3 Dasawarsa Dah Cecah 50%!

“The First Wave”, ALPHA Buktikan Mereka Bukan Sekadar Hype