Malaysia bakal menjadi destinasi pembukaan jelajah komedi antarabangsa MIC DROP apabila LOL Asia mengumumkan penganjuran persembahan yang menghimpunkan barisan pelawak terkenal dari Asia, Australia dan Timur Tengah bermula Oktober ini.
Jelajah yang dikenali sebagai Asia’s Wildest Comedy Night itu akan membuka tirai di empat bandar di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching sebelum diteruskan ke Singapura serta Australia.
LOL Asia.
APA
Melancarkan jelajah komedi antarabangsa MIC DROP.
BILA
Bermula 2 Oktober 2026.
DI MANA
Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Australia.
KENAPA
Menghimpunkan pelawak terbaik serantau dalam sebuah persembahan komedi bertaraf premium.

Malaysia Jadi Lokasi Pembukaan
MIC DROP bakal membuka tirai pada 2 Oktober di Pulau Pinang sebelum singgah di Kuala Lumpur (3 Oktober), Kota Kinabalu (8 Oktober) dan Kuching (10 Oktober).
Malaysia turut menjadi negara pertama menerima jualan tiket, dengan pra-jualan dibuka pada 30 Julai manakala jualan umum bermula 31 Julai.
Kumar Terajui Barisan Pelawak
Legenda komedi Singapura, Kumar, bakal menjadi bintang utama MIC DROP bersama beberapa nama terkenal lain termasuk Saaniya Abbas (Dubai), He Huang (Australia), Harry Jun (Australia) dan pengacara dari Malaysia, Prakash Daniel.
Selain itu, beberapa persembahan eksklusif turut disajikan mengikut lokasi termasuk kemunculan Harith Iskander di Kuching.

Dipilih Daripada Lebih 60 Pelawak
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal, MIC DROP bukan sekadar persembahan komedi biasa, sebaliknya sebuah produksi yang menghimpunkan pelawak terbaik menerusi proses pemilihan yang teliti.
“Live stand-up comedy dalam format moden memerlukan pengalaman yang luar biasa kerana pelawak hanya bergantung kepada mikrofon dan kebijaksanaan mereka.
“Dengan MIC DROP, kami bukan sekadar memilih pelawak tetapi mencipta sebuah pengalaman. Kami menyusun barisan yang benar-benar mewakili kemuncak komedi serantau dan antarabangsa.
“Produksi ini mencerminkan kematangan, keyakinan dan kekuatan komersial industri komedi Asia. Kami mahu penonton menjadi sebahagian daripada detik budaya yang penting ini,” katanya.

Pengalaman Berbeza Setiap Malam
Apa yang membezakan MIC DROP ialah setiap pelawak akan berinteraksi secara langsung dengan penonton menerusi segmen khas, menjadikan setiap persembahan berbeza dan tidak boleh dijangka.
Pendekatan itu memastikan setiap malam mempunyai momen spontan yang hanya boleh dialami oleh penonton yang hadir.
Tiket Dijual Bermula 30 Julai
Tiket pra-jualan dibuka pada 30 Julai 2026 bermula jam 12 tengah hari, manakala jualan umum bermula sehari kemudian pada waktu yang sama.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi platform rasmi LOL Asia.



GIPHY App Key not set. Please check settings