Wednesday • 14 April 2021

Terkini

Tawaran Disney Bagaikan ‘Bulan Jatuh Ke Riba’ – Yonnyboii

Walau pun sekadar lebih kurang 23 saat menyanyikan  rangkap kedua lagu ‘Trust Again’ yang merupakan runut lagu filem pertama terbitan Walt Disney Animation Studios berinspirasikan budaya Asia Tenggara, penyanyi rapper, Yonnyboi tetap mencipta sejarah tersendiri sekali gus mengharumkan nama negara di pentas muzik global.

Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, ternyata cukup teruja apabila ditawarkan untuk bergabung dalam sebuah lagu bersama tiga lagi rakan negara serantau- Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dah tu terbitan filem Walt Disney pula, siapa tak bangga ya tak?

Selain Yonnyboii, ‘Trust Again’ yang dihasilkan sempena pelancaran filem Disney berjudul ‘Raya dan Naga Terakhir’ (Raya and The Last Dragon) dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Raisa Andriana (dua dari kanan); Jun Matthew Brecio atau Matthaios (kanan) dari Filipina dan seorang rapper termuda berusia 15 tahun dari Thailand yang bergelar Sprite (kiri).

Apa pun bagi anak muda seperti Yonnyboii, apabila ditawarkan pihak Disney sudah tentulah ia bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’.

“Rasa macam mimpi jadi kenyataan,” ujar  pelantun lagu popular ‘Sakit’ ini. 

Tetapi sudah tentu peluang keemasan ini bukan menyakitkan bagi Yonnyboii bahkan membanggakan ya tak apa tah lagi dalam begitu ramai penyanyi muda di Malaysia ini, rezeki berpihak kepadanya.

“Rasa tak percaya dapat berkolaborasi dengan Raisa, seorang bintang paling hebat di Indonesia sekarang,” ulas Yonnyboii.

Apa pun, sebagai wakil tunggal Malaysia, Yonnyboii merasa tanggungjawab untuk menekankan budaya Malaysia pada mata dunia di mana untuk itu beliau menerapkan bait-bait lirik yang ada kaitannya.

“Saya ada sebut nasi lemak dan sate dalam baris rangkap pertama,” ujar beliau.

“Trust Again”, pada dasarnya, meraikan berbilang budaya yang membentuk rantau Asia Tenggara.

Mendengar vokal Raisa yang mempesona dalam korus yang menarik serta-merta anda akan mendapat gambaran tentang keindahan budaya Asia Tenggara.

Selepas nyanyian Yonnyboii yang menggabungkan hidangan istimewa seperti ‘sate dan nasi lemak’, Matthaos meneruskan rangkap lagu ,dalam Tagalog, “Aku sekutumu seperti Arnis’ (merujuk kepada senjata Filipina kuno yang digunakan oleh Raya manakala rangkap terakhir Sprite yang penuh emosi menyebut ‘Tuk Tuk’, mod pengangkutan yang popular di Thailand dan juga watak dalam filem itu. 

Lebih menarik lagi, lagu ini juga mengandungi alat muzik etnik Asia Tenggara seperti Seruling, Perkusi Etnik, Bungkau atau Hap Rahang, Angklung, alat muzik tradisional dari Thailand, Gamelan dan Suling Sunda. 

Mastering untuk lagu ini dibuat oleh Jurutera Mastering yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Chris Athens, dan ia pastinya merupakan satu formula untuk pemerkasaan yang ampuh, selain berkisar pada tema kepercayaan yang universal. 

Kerjasama muzik gabungan beberapa negara ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini, dan memegang tunggak penting dalam komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan dalam membawa kandungan hiburan yang berkualiti kepada penonton di Asia Tenggara.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!