in , ,

Selangor Havoc Raya Fest 2025: Jualan Raya 108 Jam Tanpa Henti!

Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). 

Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 rerurai daripada pelbagai usahawan tempatan di samping menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.

Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.

Hari pertama Selangor Havoc Raya Fest 2025 akan dimulakan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang, diikuti dengan pemberian wang tunai berjumlah sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah. 

Dato’ Mohd Firdaus Nadxzaman, CEO Havoc Food Festival

Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.

Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival. 

Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.

Black antara artis yang bakal terlibat dalam festival ini dan juga penyanyi utama lagu Havoc Raya

Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama selain meraih sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Perfume Paradise & Abam Panda Agih 300 Ekor Ayam Buat Warga B40 Sempenan Ramadan

LAGU DARI SELULOID VOLUME 2: Mengabadikan Muzik Melayu Klasik Era 1950-an dalam Format Digital