Perfume Paradise dan personaliti media sosial terkenal, Abam Panda, bekerjasama menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda’ sebagai usaha membantu masyarakat memerlukan.

Program tersebut berlangsung di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang, dengan perancangan untuk diperluaskan ke lebih banyak PPR di masa hadapan.
Program berkenaan bertujuan untuk membantu komuniti setempat dengan pengagihan ayam secara percuma kepada penduduk PPR, berdasarkan konsep first come, first serve tanpa mengira latar belakang.

Menurut pengasas Perfume Paradise, kejayaan syarikatnya dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk mereka melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan.
“Dengan pencapaian memberangsangkan yang kami capai, ini adalah masa terbaik untuk kami berkongsi rezeki dengan masyarakat”
Tambahnya lagi kolaborasi bersama Abam Panda pula hadir setelah menyedari bahawa pempengaruh itu adalah ikon kepada ramai ketua keluarga yang berusaha keras demi mengubah kehidupan mereka.
Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat membentuk hubungan lebih erat dengan masyarakat dan terus menyokong golongan yang memerlukan.

Abam Panda bukan sahaja menjadi wajah utama program ini, malah dia juga turut serta dalam pengagihan sumbangan di lokasi.
Selain itu, ‘influencer’ itu juga dalam perancangan untuk terus bersama Perfume Paradise bagi inisiatif CSR yang akan datang.
Perfume Paradise sebelum ini telah terlibat dalam beberapa program CSR, termasuk menerusi program “Kongsi Kasih” terbitan Astro.
Dengan pelancaran program Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda, syarikat itu berharap agar ia dapat meningkatkan kesedaran jenamanya di seluruh Malaysia selain membantu komuniti di negara ini.
Sebagai langkah jangka panjang, Perfume Paradise bercadang untuk menjadikan inisiatif CSR ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi sesuatu yang boleh diadakan secara berkala sama ada mingguan atau bulanan bergantung kepada keputusan pengurusan.
Dengan permulaan yang positif itu, Perfume Paradise berharap agar program “Kongsi Rezeki” dapat terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk bersama-sama membantu masyarakat yang memerlukan.
GIPHY App Key not set. Please check settings