in ,

Hampir Menjelang Ramadan, Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Terhadap Arwah Bapa – “Takkan Pernah Sama & Surut”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya iaitu Datuk Basir Ahmad.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi foto dirinya yang sedang mencangkung bersebelahan dengan kubur arwah bapanya.

Sharnaaz yang penuh dengan rasa sayu menyatakan bahawa Ramadan tahun ini terasa sedikit berbeza tanpa kehadiran bapanya di sisi.

“Selamat menyambut Ramadan buat hero, idola dan papa saya iaitu Basir Ahmad @ Bazir Ahmad.

“Al-fatihah papa, tak akan pernah sama dan tak akan pernah surut rindu ini”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Sharnaaz di samping ada segelintir yang mendoakan agar roh bapa kepada pelakon filem ‘Polis Evo 3’ itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Al-Fatihah untuk bapa awak dan untuk semua yang telah pergi,”

“Mamu (Sharnaaz) strong,”

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman,”

Sekadar info, pada 27 November tahun lalu, ayah kepada Sharnaaz Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram (IG).

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Berpantang – “Saya Degil…”

Misteri! Akaun TikTok Pengamal Media ‘Hilang’ Dipercayai Disekat