in ,

ANAS Cosmetics Raih RM1.3 Juta Dalam 11 Jam, Anas Zahrin Bolot Dua Anugerah TikTok Shop!

KUALA LUMPUR, 11 November 2026 – Siapa sangka dalam tempoh hanya 11 jam, jenama kosmetik tempatan mampu mencatat jualan mencecah RM1.3 juta? Itulah pencapaian membanggakan usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin apabila jenama miliknya, ANAS Cosmetics, turut merangkul dua anugerah menerusi acara TikTok Shop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown yang berlangsung pada 10 November lalu.

Ringkasan Artikel:
  • ANAS Cosmetics mencatat jualan RM1.3 juta menerusi sesi siaran langsung selama 11 jam.
  • Anas Zahrin menerima dua anugerah dalam acara TikTok Shop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown.
  • Promosi produk serendah RM1.11 menjadi antara tarikan utama sesi jualan tersebut.
Anas bersama TikTok Shop Director of Integrated Marketing, Jessie He

Dua pengiktirafan yang diterima ialah Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM1 Million Milestones, sekali gus menambah satu lagi pencapaian penting buat jenama yang telah dibangunkan Anas sejak hampir sedekad lalu.

Jualan RM1.3 Juta, Produk Ditawarkan Serendah RM1.11

Menurut usahawan kelahiran Kota Tinggi, Johor itu, kejayaan tersebut diraih menerusi sesi jualan langsung tanpa henti selama 11 jam dengan menawarkan pelbagai produk kosmetik termasuk lipmatte, pembayang mata, pelembap bibir dan minyak wangi.

Siti Nurhaliza sempat meraikan catatan jualan tertinggi bersama Anas dan pasukan kerjanya

Antara tarikan utama ialah tawaran harga promosi serendah RM1.11, selain pakej kombo mega bernilai RM18.90 yang merangkumi lapan jenis barangan.

“Sesi jualan itu membabitkan lebih 13 juta unit membabitkan barangan saya seperti lipmatte, pembayang mata, pelembap bibir dan minyak wangi. Ia sekali gus menjadikan jenama milik saya kekal di tangga teratas.

“Sesi jualan itu membabitkan harga tak masuk akal dari serendah RM1.11 hingga harga kombo mega RM18.90 untuk lapan jenis barangan,” katanya.

Bagaimanapun, angka lebih 13 juta unit yang disebut Anas tidak diperincikan sama ada merujuk kepada jumlah keseluruhan jualan produk jenama berkenaan atau sesi jualan selama 11 jam itu.

Dibantu Empat Hos, Bersaing Dalam Acara Bersama Selebriti Popular

Anas turut mengakui kejayaan tersebut bukan hasil usahanya seorang, sebaliknya turut disokong pasukan ANAS Cosmetics serta empat hos jualan langsung, iaitu Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia.

“Saya juga beruntung kerana sesi jualan langsung sepanjang 11 jam itu turut dibantu hos ‘live’ seperti Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia.

Anas di samping Fattah Amin, Farah Dina dan Amira Othman

“Tak lupa pasukan kerja belakang tabir ANAS Cosmetics. Terima kasih kerana turut serta memeriahkan acara ini,” ujarnya.

Acara berkenaan turut menghimpunkan ramai personaliti dan selebriti terkenal termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Neelofa, Fattah Amin, Amira Othman, Wawa Zainal, Nur Fazura, Diana Danielle dan Datuk Seri Alha Alfa.

Mahu Jenama Bumiputera Terus Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

Biarpun terus mencipta kejayaan, Anas berharap pencapaian tersebut tidak mengubah keperibadiannya, sebaliknya menjadi dorongan untuk terus memajukan perniagaan.

“Saya hanya mampu memanjat syukur dengan setiap kejayaan diraih saban waktu. Moga kejayaan ini semua tidak pernah mengubah diri saya ke arah tidak baik.

“Malah harapan saya semoga kejayaan sebegini akan kekal mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak di bumi nyata.

Aeril Zafril tengah mencuba Minyak wangi Mouslema Sambil diperhatikan Anas

“Besar harapan saya untuk melihat jenama Bumiputera milik sendiri dan lain untuk terus bersaing secara positif dan mampu menandingi jenama antarabangsa,” katanya.

Hampir Sedekad Membina ANAS Cosmetics

Kejayaan terbaharu itu menyusul laporan terdahulu mengenai prestasi ANAS Cosmetics dalam pasaran e-dagang tempatan.

Pada Julai lalu, platform analisis dalam talian Echotix Blog dilaporkan menyenaraikan jenama tersebut pada kedudukan teratas TikTok Shop Malaysia dengan angka jualan terkumpul hampir 12 juta unit.

Selepas hampir sedekad membangunkan ANAS Cosmetics, pencapaian RM1.3 juta dalam satu sesi jualan langsung serta dua pengiktirafan terbaharu ini menjadi satu lagi perkembangan penting dalam perjalanan perniagaan Anas Zahrin.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Lamaran Dari Kayangan, Fazley Ada Sebab Tersendiri Pilih 1,200 Dron