in ,

Pelanggan Jakel Beli Belah Bersama Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Senario & Nabil Sekeluarga Di Promosi Raya Mendonia

Orang ramai membeli belah sambil beramah mesra, berinteraksi dengan duta – duta Jakel dalam sesi Meet & Greet di bangunan Jakel, Shah Alam, hari ini.

Antara duta yang hadir termasuklah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, anggota kumpulan pelawak Senariounion dan watak animasi terkenal Upin & Ipin. Selain itu, TikToker Sallywho turut memeriahkan acara tersebut.

Pengunjung mengambil kesempatan untuk bergambar dan bertanya khabar dengan artis dan pempengaruh popular sambil membeli belah. Rata – rata truja dengan kehadiran duta-duta Jakel ini.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, berkata acara ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pelanggan dan Jakel, sambil memperkenalkan produk terkini yang ditawarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kami berharap pelanggan dan peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu serta beramah mesra dengan barisan duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Pengunjung juga boleh bergambar bersama duta yang hadir,”
– Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel

Selain itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif dengan hadiah menarik untuk pengunjung. Bagi menghargai pelanggan setia, mereka juga mendapat kupon untuk potongan harga pembelian baju raya.

“Koleksi baju raya terbaru Jakel turut dipamerkan, dengan pilihan warna dan rekaan yang mengikuti trend semasa untuk semua peringkat umur,” tambah Mohamed Izani.

Pengunjung tidak perlu risau mengenai keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma. Ruang membeli-belah juga luas dan selesa, manakala kemudahan buggy disediakan untuk memudahkan pergerakan, terutamanya bagi warga emas dan golongan bantuan khas, dari kawasan parkir ke bangunan utama.

Shah Alam • 1 Februari 2025

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Disoal Pasal Cita-Cita, Anak Fazura Dedah Nak Jadi Usahawan Bila Dewasa – “Saya Nak Jual Perfume”

Captain America Berpendapat Dia Sepatutnya Memenangi Oscar