in , ,

Disoal Pasal Cita-Cita, Anak Fazura Dedah Nak Jadi Usahawan Bila Dewasa – “Saya Nak Jual Perfume”

Gelagat anak kepada pelakon Fattah Amin dan bekas isteri Nur Fazura iaitu Fatima Aisya sentiasa meraih perhatian netizen. 

Terbaharu, Fatima atau nama lengkapnya Nur Fatima Aisya, 4, berkongsi tentang impiannya ketika dewasa setelah ditanya oleh Fazura.

“Nyama (Fatima) nak jadi apa bila dah besar nanti?” soal Fazura.

“Cikgu, doktor, lepas tu saya nak jual perfume,” jawab Fatima ringkas.

Celoteh anak kepada pelakon filem Pisau Cukur itu menyorot perhatian warganet di mana rata-ratanya memuji kepetahan Fatima dalam melontarkan kata-kata.

@fazura.officialstore

yang penting nak jadi macam mommy jual perfume juga 😅 bijak sungguh la nyama good girl ni 🥰 #fazura #fatima #fatzura #tudungfazura

♬ original sound – Fazura.Official – Fazura.Official

“Memang petah, bagus bahasa Inggeris dia,”

“Pandainya Nyama, mak dia suka layan dia sebab tu dia petah bercakap,”

“Dia memang bijak dan petah. Clever girl Nyama.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran berkenaan meraih hampir 60,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan di TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kongsi Momen Perkenalan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Dedah Selalu Minta Ibu Doa Pasal Jodoh – “Doa Ibu Tiada Hijab…”

Pelanggan Jakel Beli Belah Bersama Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Senario & Nabil Sekeluarga Di Promosi Raya Mendonia