Teka-teki mengenai Amira Othman akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan dirinya kini sedang hamil tujuh bulan atau hampir 30 minggu.
Isteri kepada Fattah Amin itu dijangka bakal menimang cahaya mata sulung pada penghujung Jun atau awal Julai, sekali gus menjawab spekulasi yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Amira Othman dan Fattah Amin.
APA
Mengumumkan kehamilan 30 minggu.
BILA
Dikongsi baru-baru ini.
DI MANA
Majlis pelancaran & temu bual media.
MENGAPA
Sudah tiba masa berkongsi berita.
BAGAIMANA
Selepas spekulasi baby bump tular.
Akhirnya Kongsi Berita Kepada Umum
Amira menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan berita kehamilannya sebelum ini, namun memilih untuk tidak berkongsi terlalu awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
“Hari ini saya kongsikan bahawa memang saya sedang hamil selama 30 minggu. Alhamdulillah, saya mohon doa dari kalian agar dipermudahkan urusan kandungan serta urusan bersalin saya,” kata Amira Othman.
“Semua ini adalah rezeki dan saya rasa hari ini adalah hari terbaik untuk saya umumkan sebab saya pun dah tak boleh nak sorok perut saya,” katanya lagi.
“Saya dijangka melahirkan samada pada penghujung Jun atau pada awal Julai,” katanya.
Alami Alahan Awal Kehamilan
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Hati-Hati itu memaklumkan bahawa dia hanya mengalami alahan teruk pada trimester pertama.
“Saya hanya alami alahan teruk pada trimester pertama namun tidak mengidam apa-apa yang pelik,” kata Amira Othman.
Dalam masa sama, Amira turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang berpanjangan sepanjang tempoh kehamilan.
Fattah Turut Luah Rasa Syukur
Sementara itu, Fattah Amin turut meluahkan rasa syukur kerana bakal bergelar bapa.
“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.
“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan,” katanya lagi.
“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.
Bermula Dengan Spekulasi Peminat
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi perhatian apabila penampilannya yang didakwa jelas menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri majlis Hari Raya.
Ketika itu, Amira memilih untuk tidak mengulas lanjut dan hanya meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.
Kini Menanti Cahaya Mata Sulung
Untuk rekod, Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.
Kini, pasangan selebriti itu bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka dalam masa terdekat.



GIPHY App Key not set. Please check settings