in ,

Komen Emoji ‘Love’ Dekat Hantaran Amira Othman, Netizen Usik Fattah Amin – “Bersemut Skrin”

Komen pelakon, Fattah Amin di hantaran Instagram penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan netizen.

Menerusi ruangan komen posting pelantun lagu Hati Hati itu, aktor filem Pendekar Awang tersebut meninggalkan komen lima emoji hati berwarna biru.

Komen berkenaan menerima ribuan tanda suka berserta ratusan peminat yang ‘merestui’ sekiranya Fattah mempunyai hubungan rapat dengan Amira.

“Ini yang kami mahukan,”

“Wow Abang Long (Fattah Amin) masuk, bersemut skrin,”

“Love tanda sayang dan cinta kan?”

Terdahulu, Fattah pernah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya.

Sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kembali Rapat, Netizen Doa Emma Maembong & Zizan Razak Berjodohan – “Kahwinlah Korang!”

Berjalan Macam Supermodel, Netizen Puji Keyakinan Anak Adira Suhaimi – “Fuh Mantap Anggrek”