Bintang Captain America, Anthony Mackie, baru-baru ini mengungkapkan pendapatnya bahawa dia sepatutnya telah menerima Oscar atas beberapa persembahan lakonannya, terutamanya melalui peranannya sebagai Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Mackie yang kini berusia 46 tahun, percaya bahawa dia telah memberikan persembahan yang layak mendapat pengiktirafan anugerah, namun sering kali terlepas daripada perhatian akademi filem. Dalam temubualnya dengan Esquire, beliau menyatakan bahawa wataknya sebagai Captain America merupakan “Oscar” yang telah lama beliau impikan, memandangkan dia seringkali tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya dalam kerjayanya.
Mackie turut menceritakan bahawa peranannya dalam beberapa filem sebelum ini, termasuk 8 Mile, layak untuk dicalonkan untuk pelbagai anugerah, baik Golden Globe, Oscar, atau Emmy. Namun, dia merasa bahawa sebagai seorang pelakon, peranannya dalam Captain America lebih istimewa kerana ia telah memberikan impak besar dalam kerjayanya, meskipun dia tidak menerima pengiktirafan anugerah.

Menurutnya memainkan watak Captain America memberikan satu beban mental yang berat kerana dia bukan hanya beraksi sebagai Anthony Mackie, tetapi sebagai ikon superhero yang sentiasa diharapkan untuk memberi contoh kepada peminat.
Walaupun tidak mengejar anugerah, Mackie tetap fokus pada peranannya sebagai Sam Wilson, yang mengambil alih tugas Captain America selepas Chris Evans mengundurkan diri pada Avengers: Endgame (2019). Beliau juga menjelaskan bahawa menjadi Captain America bukanlah tugas mudah kerana harapan orang ramai yang tinggi terhadap wataknya.
Dalam filem Captain America: Brave New World, dia berhadapan dengan pelbagai cabaran besar dan harapan besar daripada peminat, namun Mackie yakin filem ini akan melebihi jangkaan mereka. Mackie meramalkan bahawa dia akan terus berperanan dalam francais MCU untuk sekurang-kurangnya satu dekad lagi, dengan kemunculan seterusnya dalam Avengers: Doomsday pada 2026 dan Avengers: Secret Wars pada 2027.

Walaupun Anthony Mackie tidak meraih anugerah utama seperti Oscar atau Golden Globe, peranannya dalam Captain America tetap menjadi titik tolak kejayaan besar dalam kerjayanya. Dia terus fokus pada peranan yang memberi makna, dia bukan sahaja membawa watak superhero yang terkenal, tetapi juga menjadi contoh kepada banyak orang muda dalam industri ini.
Sama ada beliau layak menerima anugerah tersebut atau tidak, Captain America tetap menjadi pencapaian besar dalam perjalanan seninya.
GIPHY App Key not set. Please check settings