in

Rezeki Tak Pernah Putus, Tapi 2025 Tetap Tahun Paling Berat – Kamal Adli

Kamal Adli di Jakel

KUALA LUMPUR – Di sebalik jadual lakonan yang tidak putus-putus dan tawaran kerja yang terus datang, pelakon Kamal Adli mengakui bahawa 2025 bukanlah tahun yang mudah buat dirinya, sebaliknya tahun ini menjadi antara fasa paling mencabar dalam hidupnya.

Kamal Adli, 40, berkata limpahan rezeki dalam kerjaya seni sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan, namun tidak mampu mengisi kekosongan yang dirasakan secara peribadi.

Ringkasan Utama
  • Kamal Adli akui 2025 bukan tahun mudah.
  • Rezeki seni melimpah tapi tekanan peribadi kuat.
  • Kamal kata tahun ini sebenarnya milik Que Haidar.
  • Kosong secara emosi walaupun kerjaya rancak.
  • Mendedahkan dia sering keseorangan di rumah.
  • Ada perkara peribadi tidak dikongsi kepada umum.
  • Dilantik sebagai Duta Raya Jakel 2026.
  • <liIsu rumah tangga dengan Uqasha masih dalam proses.

“Orang nampak macam tahun ni tahun saya. Tahun depan pun konon tahun saya lagi. Tapi jujurnya, bukan. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya hanya tumpang tempias.

“Alhamdulillah rezeki ada, tapi tahun ni tahun paling perit untuk saya. Saya bekerja tanpa henti, mungkin sebab saya tak nak fikir apa yang berlaku. Tapi bila balik rumah, saya seorang. Itu yang buat semuanya rasa berat,” – Kamal Adli ketika ditemui F8Buzz ketika acara Meet & Greet Duta Jakel 2026.

Kamal menambah bahawa ada perkara peribadi yang memilih untuk tidak dijelaskan kepada umum, namun kesannya sangat besar terhadap kehidupan hariannya.

“Susah sebenarnya bila keseorangan. Kalau tak ada shooting, saya tak tahu apa saya buat di rumah. Kadang terfikir nak mula melukis dinding, memasak dan macam-macam.

“Ada benda orang tak tahu, dan memang saya tak perlu cerita. Walaupun rezeki murah, jiwa tetap kosong. Ini hal hati,” – Kamal Adli dengan nada tenang.

Dalam pengumuman sama, Kamal dilantik sebagai Duta Raya Jakel 2026 bersama Que Haidar dan Elly Mazlein.

Sebelum ini, rumah tangga Kamal menjadi perhatian apabila isterinya, Uqasha Senrose, memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 bulan.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Que Haidar diserbu peminat

‘Jamilah’ Buat Que Haidar Diserbu Peminat Di Jakel Crazy Sale Terpaling Murah

Iskandar raih tempat pertama pada minggu 5

Minggu Tanpa Penyingkiran! Iskandar Kekal Di Puncak, Markah Tertinggi Minggu Kelima