in ,

Video Lama Kembali Tular, Netizen Sebak Lihat Perubahan Zahnita Wilson – “Muka Dia Sekarang Nampak Derita”

Sebelum ini kecoh tentang pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Terbaharu, menerusi  hantaran di TikTok, satu video tular mengimbas kembali kemurniaan hati selebriti tersebut yang melakukan kempen membersihkan sampah di pantai.

Dalam entri singkat itu, Zahnita berkongsi tentang keluarga dan rakan-rakannya yang turut serta untuk merealisasikan kempen tersebut.

“Saya sedang melakukan kempen alam sekitar tahun ini. Saya mulakan pembersihan bermula di Pantai Remis.

“Jiran-jiran, kawan sekolah dan keluarga turut menyokong saya untuk membersihkan pantai,” ujar Zahnita dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak melihat perubahan fizikal yang dialami oleh model itu susulan terlibat dalam keganasan rumah tangga.

“Wanita kalau di tangan yang salah. Hancur semuanya, muka dia sekarang nampak sangat derita, sedihnya.”

Netizen

“Punya elok dia ni, apa lah yang suami dia nak lagi,”

“Sangat cantik sebelum berkahwin.”

Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hampir 3 Dekad Hiburkan Penonton, Melodi Kini Tukar Waktu Siaran!

Sheriff, Mechamato Antara Tujuh Filem Tercalon Kategori Filem Terbaik FFM!