Pelakon Puteri Sarah memberi reaksi lucu apabila ditanya sekiranya dia mahu bekerjasama dengan pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di satu platform media sosial, seorang warganet mengajukan soalan kepada Puteri Sarah sama ada dia mahu bergandingan dengan aktor filem Ali Topan tersebut.
“Sarah kalau berlakon dengan Jefri Nichol nak tak?” soal netizen.
Puteri Sarah ataupun nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bagaimanapun menolak tawaran berkenaan sambil berseloroh.
“Takutlah nanti jadi nombor 22 pula.”
Puteri Sarah
Dalam pada itu, Puteri Sarah sempat bergurau bahawa dirinya tidak kisah untuk berlakon bersama penyanyi lagenda, Datuk Jeffrydin.
“Dengan Jeffrydin boleh, lawaklah,” tambah Sarah.
Sekadar info, Jefri sebelum ini mengaku bahawa dirinya telah meniduri lebih 20 orang wanita menerusi sesi temu bual sebuah rancangan yang berjudul BBK (Bocah Bocah Kosong).
Pendedahan tersebut menerima reaksi negatif di mana ramai pihak merasakan perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu diceritakan kepada orang ramai.



GIPHY App Key not set. Please check settings