in ,

“Saya Akan Berhenti Berlakon Jika Saya Betul-Betul Nak Berhijrah” – Hannah Delisha

Pelakon jelita, Hannah Delisha menyatakan rasa pelik berkaitan selebriti berhijab yang sering menjadi perbualan tentang babak bersentuhan dengan pelakon lelaki.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, perkara tersebut tidak pernah menjadi persoalan sekiranya seseorang aktres itu tidak berhijab.

“Kenapa soalan yang sama tidak ditanya kepada pelakon wanita yang tidak berhijab? Adakah mereka boleh bersentuhan dengan pelakon lelaki?”

“Pada hujungnya, saya seorang pelakon. Kalau ada babak yang boleh elak, saya akan elak. Tetapi kalau tiada pilihan memang terpaksa lakukan.

“Contohnya kalau babak pengsan ataupun tersentuh. Itu memang tak boleh dielakkan,” katanya.

Tambah pelakon filem Langsuir itu lagi, mengakui akan mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan jika mahu bergelar seorang muslimah sejati.

“Mungkin orang lihat saya pakai tudung, terus saya nak berubah sepenuhnya. Sejujurnya saya pun masih mencuba. Saya pakai tudung pun sebab saya sendiri nak pakai, tiada paksaan.

“Sekiranya saya betul-betul nak berhijrah, memang saya tidak mahu lagi berada di dalam industri ini. Saya akan berhenti berlakon. Saya rasa itu cara terbaik untuk berhijrah,” ujarnya lagi.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dua Hari Dilancarkan, Single Terbaru Fattah Amin Lelaki Terakhir Trending Di YouTube

SVG Labur RM3 Juta, Mendefinisikan Semula Fesyen Street Wear