Pelakon versatil, Shaheizy Sam menarik perhatian warganet berikutan imejnya yang dilihat semakin kurus.
Dalam satu entri yang dimuat naik di TikTok, isteri kepada Sam iaitu Syatilla Melvin melakukan sesi siaran langsung di media sosial.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah berat badan Sam yang dilihat jauh lebih kurus berbanding sebelumnya sehingga mengejutkan ramai pihak.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata berteka-teki perubahan berat badan yang dialami Sam adalah berkemungkinan disebabkan kemunculannya dalam filem terbaharu.
GIPHY App Key not set. Please check settings