Pelakon Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan swafoto dirinya bersama bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara.
“Selamat datang ke dunia, our precious babygirl, Imane Lunara,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Perkongsian itu lantas meraih perhatian peminat termasuk golongan selebriti seperti Wany Hasrita, Idris Khan, Mira Filzah dan Fatin Afeefa.
“Yay sama birthday,” komen Idris Khan.
“Alhamdulillah, tahniah Intan.
“We love you so much already, Lunara.
“Alhamdulillah, tahniah Intan sayang,” komen beberapa selebriti yang lain.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 40, pada 18 Ogos tahun lalu.



GIPHY App Key not set. Please check settings