Pelakon sensasi, Ruhainies berkongsi berkaitan dirinya yang mengamalkan rutin zikir.
Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memaklumkan dia kini sedang berada di dalam misi berselawat sebanyak 1000 kali sehari selama 40 hari.

“Saya dalam misi untuk selawat 1000 sehari selama 40hari. Hari ini baru hari ke
Ruhainies
18.”
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun itu juga sempat mengajak orang ramai untuk turut serta mengamalkan zikir tersebut.
“Jom buat sama sama? Kita perempuan kalau “cuti” pun boleh selawat. Hehehe,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Ruhainies berkongsi perkara tersebut sewaktu menjawab salah satu soalan yang diajukan daripada pengguna Instagram mengenai rutin zikir yang sering diamalkan.
Sumber: Instagram



GIPHY App Key not set. Please check settings