in ,

Disoal Pasal Bergelar Jutawan, Ini Respons Khairul Aming – “Ia Datang Dengan Pelbagai Tanggungjawab…”

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mengakui sukar bergelar seorang jutawan.

Menurut Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata gelaran tersebut hadir dengan pelbagai tanggungjawab namun tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengubah kualiti hidup.

“Ia datang dengan pelbagai tanggungjawab, itu sahaja yang KA (Khairul Aming) boleh jawab.”

“Korang jangan fikir dapat satu juta tu masalah dunia selesai. Kita akan hadapi lebih banyak tanggungjawab, tapi sudah tentu kualiti hidup tu berubah.

“Memang kewangan berubah, tapi untuk mengekalkan kehidupan yang sebegitu bukan senang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairul turut menyatakan menjadi seorang ‘influencer’ terkenal bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi  demi pekerjaan.

“KA sekarang memang tak ada privacy. Tapi KA reda, saya pergi mana-mana kita penat macam mana pun kena hadaplah.

“Sebab saya yang pilih dunia macam ni, sebab tu siapa-siapa yang nak famous tu, jangan fikir famous ni semua benda indah, sebab kita akan korbankan kehidupan peribadi kita,” katanya.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mesra Dengan Anak Tiri, Netizen Puji Sikap Isteri Shuib – “Baiknya Jaga Anak Macam Ibu Kandung”

Mesra Berpelukan, Netizen Terkejut Jefri Nichol Cium Ameera Khan