in ,

Mesra Dengan Anak Tiri, Netizen Puji Sikap Isteri Shuib – “Baiknya Jaga Anak Macam Ibu Kandung”

Keakraban antara isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah dan anak-anak tirinya bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat anak kedua Shuib, Dzahira Talita Zahra (Talita) menyatakan rasa sayangnya terhadap Watie.

Selain mengucapkan rasa kasihnya kepada Watie, Talita turut memberikan kucupan pada bahagian pipi ibu tirinya itu.

“Mommy, I love you so much,” ujar Talita.

“I love you too,” jawab Watie ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang disifatkan sebagai penyayang walaupun hanya bergelar sebagai seorang ibu tiri.

“Baiknya, walaupun ibu tiri tapi jaga macam ibu kandung,”

“Macam mana nak dapat ibu tiri macam ni, sweet betul,”

“Comel sangat Watie dengan anak tiri dia,”

“Suka tengok Talita dengan ibu tiri dia, terbaik teruskan.”

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 setelah hampir dua tahun pemergian arwah isterinya, Siti Sarah.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tujuh Tahun Jadi Penyampai Radio, Sharifah Shahirah Ambil Keputusan Tinggalkan Suria FM

Disoal Pasal Bergelar Jutawan, Ini Respons Khairul Aming – “Ia Datang Dengan Pelbagai Tanggungjawab…”