Teguran pendakwah bebas, PU Riz terhadap adik iparnya, Ameera Khan supaya menutup aurat meraih perhatian warganet.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa bersama Ameera dan PU Riz sedang mempromosikan jualan jubah.
Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail bertindak menegur Ameera selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang jubah yang digayakan.

“Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini (bawah).”
PU Riz
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pendakwah berusia 29 tahun itu yang memberi teguran terhadap adik iparnya dalam nada sopan.
“Suka tengok Ustaz Hariz tegur, tak marah-marah, tegur cara baik,” tulis seorang netizen.
“Berhalus tegur bagus,” komen seorang lagi netizen.
“Yang kecam, macam inilah mereka menegur dalam kelembutan. Jauh dihati mereka berharap dia berubah,” komen wargamaya.
Sumber: TikTok



GIPHY App Key not set. Please check settings