in

Harga Petroleum Turun, Kembali Kepada Kaedah Apungan

Pam Minyak Diesel

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Harga runcit petroleum diturunkan mulai 12 tengah malam tadi bagi tempoh 5 hingga 11 Januari 2019, kata Kementerian Kewangan. 

Bagi tempoh tersebut, harga runcit RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter daripada RM2.50 seliter, harga runcit RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter daripada RM2.20 seliter dan diesel kepada RM2.04 daripada RM2.18 seliter.

“Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” – Lim Guan Eng, Menteri Kewangan.

Beliau berkata penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimbang semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Jan. 

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini,” kata Lim.

Sebelum April 2018, harga produk petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan kaedah apungan di mana harga pasaran bergantung kepada harga minyak mentah dunia semasa.

Kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum itu dalam menifestonya menjanjikan harga petroleum RON95 serendah RM1.50 seliter tidak meneruskan kaedah tersebut sebaliknya meletakkan harga minyak pada kadar siling.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bangi Resort Hotel

Selamat Tinggal Hotel Bangi-Putrajaya, Selamat Datang Bangi Resort Hotel

Sultan Muhammad V Agong Sultan Kelantan

Tiada Surat Rasmi Sultan Muhammad V Lepas Jawatan Yang Di-Pertuan Agong – Tun M