Selamat Tinggal Hotel Bangi-Putrajaya, Selamat Datang Bangi Resort Hotel

Ini merupakan penjenamaan semula hotel tersebut selepas ia mula beroperasi pada tahun 1997 sebagai Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya.

0
345
Bangi Resort Hotel

KUALA LUMPUR, 1 Januari –  Mulai hari ini, Hotel Bangi-Putrajaya akan dikenali sebagai Bangi Resort Hotel.

Ini merupakan penjenamaan semula hotel tersebut selepas ia mula beroperasi pada tahun 1997 sebagai Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya.

Dengan slogan baharu, “Hospitality Redefined”, hotel 5-bintang tersebut meneruskan aspirasdalam memberi keselesaan kepada semua pengunjungnya pada harga yang berpatutan.

Bangi Resort Hotel
Hotel Bangi-Putrajaya kini dikenali Bangi Resort Hotel

Terletak di Bandar Baru Bangi, Bangi Resort Hotel yang berkonsep villa ala Sepanyol mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai bagi semua pengunjung, meskipun untuk percutian ataupun perniagaan.

Dengan 265 bilik, hotel ini turut mempunyai lima restoran – Funtasia yang menghidang buffet makanan tempatan dan Barat; Harmoni yang menghidang gabungan makanan Cina, Melayu, Nyonya dan Thai; restoran masakan Jepun, Kazumi; Tee Off Terrace yang berlatarbelakangkan padang golf, dan Lavista Xpress, sebuah kafe ala deli bagi mereka yang gemar makanan ringan.

Kesemua dapur Utama, termasuk dapur restoran Harmoni di hotel tersebut telah disahkan halal oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Bangi Resort Hotel termasuk gimnasium, kolam renang, tempat permainan kanak-kanak, gelanggang tenis, salun kecantikan serta pengangkutan harian (shuttle service) ke Kuala Lumpur, pusat membeli-belah dan lokasi tarikan pelancong berdekatan.

Bagi meraikan penjenamaan semula ini, hotel tersebut melaksanakan beberapa promosi yang boleh diketahui melalui laman web www.bangiresorthotel.com, atau hubungi 03-8210 2222.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari