StarCruises menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong untuk meneroka Asia Tenggara menerusi Star Voyager dengan pelayaran selama 2, 3 dan 4 malam dari Singapura, Kuala Lumpur serta Melaka bermula 25 September 2026 hingga 1 Januari 2027.
Beberapa pelayaran terpilih turut singgah di Penang, Langkawi, Pangkor, Phuket dan Krabi, membolehkan pelancong menikmati pengalaman bandar, warisan serta percutian pulau dalam satu perjalanan.
BUZZ RINGKAS
APA:
StarCruises menawarkan pelayaran Star Voyager selama 2, 3 dan 4 malam untuk meneroka pelbagai destinasi Asia Tenggara.
BILA:
25 September 2026 hingga 1 Januari 2027.
BERLEPAS DARI:
Singapura, Kuala Lumpur melalui Port Klang Cruise Terminal (PKCT) dan Melaka melalui ICQS Terminal.
DESTINASI:
Antara destinasi terpilih termasuk Penang, Langkawi, Pangkor, Kuala Lumpur, Singapura, Phuket dan Krabi.
PILIHAN:
Pelbagai itinerari membolehkan pelancong memilih pengalaman berbeza, daripada penerokaan bandar dan warisan hingga percutian pulau.
PENDAFTARAN:
Tempahan dalam talian untuk pelayaran Star Voyager yang berlepas mulai 25 September 2026 dibuka pada 9 September 2026.
Pilih Pelayaran, Pilih Pengalaman

Menurut Presiden StarDream Cruises, Michael Goh, pelayaran memberikan peluang kepada pelancong meneroka lebih banyak destinasi Asia Tenggara sambil menikmati kemudahan perjalanan dan masa untuk berehat.
“Pelayaran merupakan cara yang menarik untuk meneroka lebih banyak Asia Tenggara sambil menikmati kemudahan bergerak antara destinasi dan berehat sepanjang perjalanan. Dengan Star Voyager menawarkan rangkaian itinerari yang semakin luas merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand, pelancong boleh memilih pengalaman yang paling sesuai dengan minat mereka dan memanfaatkan sepenuhnya perjalanan,” kata Michael.
Berlepas Dari Singapura

Bagi tempoh 25 September 2026 hingga 1 Januari 2027, Singapura menjadi antara pintu masuk utama untuk pelayaran Star Voyager.
Dengan jaringan penerbangan yang baik, pelancong antarabangsa boleh menggabungkan percutian bandar di Singapura bersama pengalaman pelayaran.
Star Voyager menawarkan pilihan pelayaran 2, 3 dan 4 malam dari Singapura.
Untuk pelayaran 2 malam, antara pilihan yang ditawarkan ialah perjalanan di laut lepas, ke Pangkor serta Kuala Lumpur.
Pelayaran 3 malam pula merangkumi itinerari ke Kuala Lumpur dan Penang, manakala pelayaran 4 malam menawarkan perjalanan ke Langkawi, Pangkor dan Kuala Lumpur.
Bagi pelayaran yang berlepas pada 26 Disember 2026, perjalanan ke Kuala Lumpur adalah melalui Port Klang.
Teroka Pelbagai Destinasi Malaysia

Setiap itinerari menawarkan pengalaman berbeza di Malaysia.
Pelancong boleh meneroka jalan-jalan bersejarah di Melaka dan warisan George Town, menikmati makanan tempatan serta aktiviti membeli-belah dan menjamu selera di Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang menginginkan suasana lebih santai, Pangkor dan Langkawi pula menawarkan pemandangan pulau serta pengalaman percutian tropika.
Pelancong yang tiba di Melaka turut berpeluang menyertai lawatan darat ke Kuala Lumpur, sekali gus membuka lebih banyak pilihan untuk meneroka Malaysia dalam satu percutian pelayaran.
Berlayar Dari Kuala Lumpur Dan Melaka

Selain Singapura, pelancong turut boleh memulakan perjalanan dari Malaysia antara 28 September hingga 29 Disember 2026.
Dari Kuala Lumpur melalui Port Klang Cruise Terminal (PKCT), pilihan pelayaran 2 malam termasuk perjalanan ke Penang dan Singapura bagi beberapa tarikh terpilih.
Bagi pelayaran 3 malam pula, Star Voyager menawarkan perjalanan ke Krabi untuk keberangkatan pada 18 Disember 2026, ke Phuket pada 20 Disember 2026, serta ke Phuket dan Krabi bagi keberangkatan pada 5, 8 dan 22 Disember 2026.
Pelayaran dari Kuala Lumpur ke Penang dan Singapura turut ditawarkan bagi keberangkatan pada 28 September dan 9 November 2026.
Sementara itu, pelancong yang mahu berlepas dari Melaka melalui Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Terminal boleh memilih pelayaran 3 malam ke Penang dan Singapura pada 19 Oktober dan 16 November 2026.
Gabungkan Penerokaan Dan Masa Bersantai

Antara destinasi yang boleh diterokai menerusi pelayaran terpilih ialah Phuket dan Krabi di Thailand, dengan tarikan seperti pantai, pemandangan tropika dan aktiviti pulau.
Beberapa pelayaran turut singgah di Singapura, membolehkan pelancong menikmati pemandangan bandar, pengalaman membeli-belah, pilihan makanan serta kepelbagaian budaya.
Ketika berada di antara destinasi, tetamu boleh menikmati pengalaman menjamu selera, hiburan, aktiviti riadah dan ruang untuk berehat yang disediakan di Star Voyager.
Dengan pilihan itinerari dari Singapura dan Malaysia, Star Voyager menawarkan alternatif kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak destinasi Asia Tenggara dalam satu perjalanan sambil menikmati kemudahan dan keselesaan pelayaran.
Tempahan dalam talian bagi pelayaran Star Voyager yang berlepas mulai 25 September 2026 dibuka pada 9 September 2026 menerusi laman rasmi StarDream Cruises atau ejen pelancongan pilihan.


GIPHY App Key not set. Please check settings