in ,

Nak Lari Dari Kesibukan Kota? 8 Sebab Kenapa Resorts World Awana Wajib Masuk Wishlist Anda

Kadang-kadang, apa yang kita perlukan bukan percutian yang jauh atau jadual yang padat. Cukup sekadar satu hujung minggu untuk menghirup udara segar, menikmati alam semula jadi dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Kalau itu yang anda cari, Resorts World Awana mungkin destinasi yang patut dimasukkan dalam senarai percutian anda yang seterusnya. Terletak di kaki Genting Highlands, resort yang kini meraikan ulang tahun ke-40 ini menawarkan pengalaman yang cukup berbeza. Dikelilingi hutan hujan yang menghijau, udara nyaman tanah tinggi dan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur, ia bukan sekadar tempat untuk bermalam, tetapi destinasi untuk benar-benar berehat dan menikmati setiap detik.

Kalau masih ragu-ragu, ini lapan sebab kenapa Resorts World Awana patut menjadi pilihan anda.

1. Bangun Pagi Dengan Bunyi Burung, Bukan Bunyi Trafik

Bayangkan membuka langsir bilik pada waktu pagi dan disambut pemandangan kehijauan hutan serta udara sejuk tanah tinggi.

Terletak kira-kira 3,100 kaki dari aras laut, Resorts World Awana menawarkan suasana damai yang sukar ditemui di tengah bandar. Reka bentuk bangunannya yang unik juga membolehkan kebanyakan bilik menikmati panorama alam semula jadi yang cukup menyegarkan mata.

2. Staycation Yang Ada Banyak Aktiviti, Bukan Sekadar Duduk Dalam Bilik

Ramai memilih staycation untuk berehat, tetapi di Resorts World Awana, anda juga boleh mengisi masa dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Terokai laluan hutan melalui Awana Trail, sertai pengalaman melihat proses menuai madu kelulut, bermain pickleball, mencuba Music Boxing Machine atau bawa si kecil menyertai aktiviti Nature’s Little Planters dan Junior Little Baker. Setiap hari ada sesuatu yang baharu untuk diterokai.

3. Kolam Air Panas Yang Memang Susah Nak Tinggalkan

Cuaca Genting Highlands yang nyaman menjadikan pengalaman berenang lebih istimewa.

Kolam renang yang dipanaskan di Resorts World Awana membolehkan anda menikmati suasana santai sambil dikelilingi kehijauan alam. Sama ada pada waktu pagi atau petang, inilah antara lokasi yang sering menjadi pilihan tetamu untuk berehat selepas seharian berjalan-jalan.

4. Syurga Untuk Pencinta Makanan

Percutian yang sempurna tentunya tidak lengkap tanpa makanan yang sedap.

Di Resorts World Awana, setiap restoran menawarkan pengalaman berbeza. Ayu Awana menyajikan hidangan grill dan smokehouse dalam suasana santai, Awana Garden pula mengetengahkan konsep farm-to-table menggunakan sayuran segar, manakala Village Fresh menawarkan hidangan tempatan dengan pemandangan padang golf yang menghijau. Sama ada anda datang bersama keluarga atau pasangan, pasti ada sesuatu yang memenuhi selera.

5. Hutan Hujan Jadi Sebahagian Daripada Percutian Anda

Bukan banyak resort yang mempunyai hutan hujan sebagai ‘jiran’ terdekat.

Di Resorts World Awana, alam semula jadi menjadi sebahagian daripada pengalaman. Anda boleh menyertai aktiviti berjalan kaki di laluan hutan, mengenali flora dan fauna tempatan, atau mencuba Night Safari untuk melihat sendiri kehidupan hidupan liar pada waktu malam. Ia sesuai untuk pencinta alam mahupun mereka yang sekadar ingin menikmati suasana yang lebih tenang.

6. Sesuai Untuk Pasangan, Keluarga Hingga Reunion Kawan-Kawan

Sama ada bercuti berdua atau membawa seluruh keluarga, Resorts World Awana mempunyai pilihan penginapan yang sesuai.

Daripada Superior Deluxe Sixer yang boleh memuatkan sehingga enam orang, hinggalah villa dan mansion yang lebih luas untuk keluarga besar atau kumpulan rakan-rakan, setiap pilihan direka bagi memastikan semua tetamu menikmati penginapan yang selesa.

7. Dekat Dengan Pelbagai Tarikan Genting Highlands

Walaupun suasananya cukup damai, Resorts World Awana berada dalam lokasi yang strategik.

Hanya beberapa minit sahaja untuk ke Genting Highlands Premium Outlets, Awana SkyWay, Chin Swee Caves Temple dan pelbagai tarikan lain di Genting Highlands. Anda boleh menikmati hari yang penuh aktiviti sebelum kembali berehat dalam suasana resort yang lebih tenang.

8. Tempat Yang Buat Anda Rasa Nak Datang Lagi

Kadang-kadang, destinasi yang terbaik bukanlah yang paling mewah, tetapi yang membuatkan kita benar-benar dapat berehat.

Gabungan udara segar, kehijauan alam, pilihan makanan yang pelbagai serta aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur menjadikan Resorts World Awana pilihan ideal untuk melepaskan penat selepas minggu yang sibuk. Tidak hairanlah resort ini terus menjadi pilihan ramai selama empat dekad dan masih kekal relevan sehingga hari ini.

Hujung Minggu Ini, Apa Kata Tukar Suasana?

Kalau anda sudah lama bercadang untuk bercuti tetapi belum tahu ke mana, mungkin inilah masa yang sesuai untuk memberi peluang kepada diri sendiri menikmati pengalaman yang berbeza.

Hanya sekitar sejam dari Kuala Lumpur, Resorts World Awana menawarkan kombinasi alam semula jadi, aktiviti, makanan dan keselesaan dalam satu destinasi. Kadang-kadang, weekend getaway yang paling bermakna sebenarnya tidak perlu pergi terlalu jauh.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Konsert Tradisional Gema Bumantara Siti Nurhaliza Oktober Ini!