JAKARTA, 1 Januari 2019 – Gempa bumi dengan kekuatan 3 pada skala richter melanda Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat. Titik pusat gempa dikesan berada di darat.
Berdasarkan maklumat yang disampaikan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, gempa bumi terjadi tengah malam Isnin (31/12/2018) jam 11.15 malam waktu tempatan.
#Gempa Mag:3.0, 31-Des-18 23:15:44 WIB, Lok:8.36 LS, 116.20 BT (Pusat gempa berada di darat 8 km barat laut Lombok Utara), Kedlmn:10 Km Dirasakan (MMI) III Lombok Utara #BMKG pic.twitter.com/0sjjusjyle
— BMKG (@infoBMKG) December 31, 2018
“Pusat gempa berada di darat, 8 km di barat laut Lombok Utara,” lapor BMKG melalui Twitter rasminya.
Belum ada laporan kerosakkan akibat kejadian ini. Gempa tersebut juga tidak berpotensi menimbulkan tsunami.
GIPHY App Key not set. Please check settings