in

‘Power Gila!’ Mendua Kuasai Minggu Pertama GV12 Dengan 69.5%, Shy8 Antara Paling Rendah

Mark Adam Elaine Kang

SHAH ALAM – Musim ke-12 Gegar Vaganza (GV12) bermula dengan penuh gaya dan tenaga apabila trio dari Indonesia, Mendua, mengungguli carta markah minggu pertama dengan skor tertinggi 69.50% menerusi persembahan bertenaga lagu “Hampir Ke Situ.”

Persembahan mereka bukan sahaja memukau penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam, malah turut menerima pujian juri tetap yang mengagumi keharmonian vokal dan penguasaan pentas kumpulan tersebut.

Trio Indonesia, Mendua mendapat markah tertinggi pada minggu pertama.

Mark Adam pula membuktikan dirinya masih berbisa apabila muncul di tangga kedua dengan 67.75% selepas membawakan lagu hitnya Pencuri dengan gaya vokal yang stabil serta penghayatan emosi yang menyentuh hati.

Di tempat ketiga, Nubhan tampil penuh karisma dengan lagu Ada Untukmu, memperoleh 65.50% hasil kawalan vokal yang kemas dan penjiwaan yang menyentuh.

Namun, tidak semua peserta bernasib baik pada minggu pembukaan ini dengan Shae (48.50%), Datuk Elaine Kang (48.00%), dan Shy8 (47.25%) berada di kelompok terbawah.

Shae, penyanyi lagu popular Sayang berada antara kedudukan terendah.

Walau begitu, tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama, memberi peluang kepada mereka untuk bangkit memperkukuh persembahan di minggu kedua.

Keputusan Penuh Markah Minggu Pertama GV12:
1. Mendua – 69.50%
2. Mark Adam – 67.75%
3. Nubhan – 65.50%
4. Rahmat Ekamatra – 62.00%
5. Krisya – 61.50%
6. Freshies – 58.75%
7. Ruri Repvblik – 58.50%
8. Mell Sakura – 57.00%
9. Iskandar Ismail – 56.75%
10. Korie – 56.00%
11. Shae – 48.50%
12. Datuk Elaine Kang – 48.00%
13. Shy8 – 47.25%

Musim kali ini menampilkan 13 bintang dari tiga negara Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Shy8 atau lebih dikenali sebagai ucop wilcha berada di kedudukan terakhir minggu ini.

Peserta tempatan seperti Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan duo Freshies (Ejie & Shima) bergabung dengan bintang serantau seperti Shae, Ruri Repvblik dan Mendua dari Indonesia, serta Iskandar Ismail yang mewakili Singapura.

GV12 kali ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad sebagai pengacara, manakala barisan juri tetap menampilkan gabungan berpengalaman terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, dan Hetty Koes Endang yang kembali menghiasi kerusi penilaian musim ini.

Dengan tema mingguan yang kepelbagaian genre, para peserta kini berdepan cabaran untuk menonjolkan kreativiti, vokal serta keunikan masing-masing demi merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim ke-12.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

MDLBEAST Soundstorm 2025

MDLBEAST Soundstorm 2025: Festival Muzik & Seni Paling Gempak Di Riyadh!

Hos Komuniti Setempat Selangor

49 Graduan Hos Komuniti Setempat Perkasa Pelancongan Komuniti Selangor