Home Berita Tempatan Tiada Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman

Tiada Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman

0
Tiada Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial.

Kenyataan kementerian itu Khamis menyebut siasatan yang dijalankan Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati soalan seperti yang tersebar di media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam UPSR 2016.

Soalan berunsur perkauman UPSR 2016
Soalan yang menjadi persoalan.

Menurut kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh LP telah melalui proses penilaian bagi memastikan ia menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Mementingkan Keharmonian Kaum & Perpaduan Rakyat

Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan.

Penyebaran maklumat tidak tepat seperti ini patut dielakkan dan pembaca seharusnya membuat semakan sebelum berkongsinya dengan orang lain.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari