Home Berita Antarabangsa Yang Di Tunggu Sudah Muncul. iPhone 7 Kini Tiba!

Yang Di Tunggu Sudah Muncul. iPhone 7 Kini Tiba!

0
Yang Di Tunggu Sudah Muncul. iPhone 7 Kini Tiba!

Setelah terasa begitu lama, Apple melancarkan iPhone 7 pagi ini. Ia boleh mula didapati 16 September ini. Secara kasarnya dari segi saiz dan reka bentuk, tidak banyak berbeza dari iPhone 6 sebelumnya. Namun banyak benda baru yang menarik di pakej kan Apple ke dalam telefon bimbit baru mereka ini.

Yang Di Tunggu Sudah Muncul. iPhone 7 Kini Tiba!

iPhone 7 Kini Tiba

Kalis Air Dengan Dua Warna Baru, Hitam & Jet Black

Setelah sekian lama Apple tidak menawarkan iPhone berwarna hitam, kali ini iPhone 7 tampil lebih segak dengan warna baru termasuk Jet Black. Ramai sudah menggunakan Jet Black sebagai warna kenderaan mereka agar nampak unik dan lebih beridentiti, jadi tidak syak lagi ia juga pasti akan menjadi warna pilihan ramai untuk iPhone baru ini.

Kamera pada iPhone baru ini terdiri dari dua lensa yang berfungsi untuk wide angle & telephoto. 12MP bagi kamera utama dengan zoom optikal 2x. Ini pastinya lebih baik dari zoom digital ditambah lagi dengan OIS. Untuk penggemar selfie, kamera HD dengan 7MP diberikan Apple.

iPhone 7 Kini Tiba

Earphone Tanpa Wayar

Tetapi yang paling menarik perhatian kami adalah AirPods. Earphone tanpa wayar yang diperkenalkan sekali dengan iPhone 7. Satu inovasi yang sangat berguna bagi penggemar muzik. Sejauh mana kualitinya harrus dilihat kelak bila kita dapat membelinya nanti.

Sudah tentu spesifikasi keselurahan serta kuasa di sebalik screen iPhone 7 lebih baik dari adiknya. Skrin 25% lebih terang, A10 Fusion 2x ganda lebih laju berbanding chip sebelumnya dan iPhone 7 juga menawarkan pembesar suara stereo. Datang dengan iOS 10, iPhone 7 juga dilengkapi dengan LTE 3x lebih pantas dari iPhone 6.

Untuk mengetahui lebih lanjut, apa tunggu lagi, klik Apple.

 

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari