in

Festival Filem Jepun 2016, 8 Sept – 2 Okt | F8Buzz

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Peminat filem Jepun berpeluang menonton pelbagai genre filem negara matahari terbit itu yang akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih di seluruh negara bersempena Festival Filem Jepun 2016 dari 8 Sept hingga 2 Okt.

Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa berkata edisi ke-13 festival filem Jepun di Malaysia itu yang dianjurkan Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL), akan menayangkan 13 filem yang memaparkan pelbagai aspek dan landskap kebudayaan Jepun meliputi pelbagai tema dan genre.

“Filem Jepun dianggap sebagai antara yang tertua dalam industri filem dunia dan saya berharap menerusi filem-filem ini, ia akan terus memaparkan minda dan jiwa kebudayaan rakyat Jepun kepada rakyat Malaysia,” katanya pada majlis perasmian festival itu, di sini hari ini.

featured-creepy

Filem Creepy antara yang akan di tayangkan.

Turut hadir pemenang tiga kali Hadiah Akademi Jepun, Kiki Kilin, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman dan Pengarah JFKL Koichi Horikawa.

Horikawa berkata festival itu bukan sahaja untuk menarik peminat filem Jepun tetapi juga bagi membolehkan kesenian dan kebudayaan dihayati oleh semua orang dalam cara berbeza dan menyeronokkan.

Beliau berkata antara filem yang akan ditayangkan ialah Storm, An, Bakuman, Creepy, The Magnificient Nine, My Love Story!! dan Desperate Sunflowers.

Orang ramai boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai tarikh tayangan filem berkenaan di laman web rasmi JFKL, www.jfkl.org.my atau www.gsc.com.my

JFF2016-A2poster-13-768x1086

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Garuda Baham Harimau

iPhone 7 Kini Tiba

Yang Di Tunggu Sudah Muncul. iPhone 7 Kini Tiba!