in

Teater Aspirasi P’Ramlee: Legasi Bujang Lapok & Ibu Mertuaku Kembali Hidup di DBP

Peminat seni teater tempatan bakal disajikan dengan naskhah istimewa apabila Teater Aspirasi P’Ramlee membuka tirai pada 4 & 5 Julai ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pementasan anjuran Persatuan Hidayah dengan kerjasama DBP ini mengangkat dua karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee – Bujang Lapok dan Ibu Mertuaku dalam satu persembahan yang sarat nostalgia dan nilai seni Melayu.

🔎 Ringkasan Artikel:
  • Teater Aspirasi P’Ramlee gabung dua naskhah ikonik: Bujang Lapok & Ibu Mertuaku dalam pentas moden.
  • Diterajui Yusry Kamaruzaman dengan barisan pelakon hebat termasuk cucu P. Ramlee sendiri.
  • Pentas Auditorium DBP jadi saksi legasi seni Melayu terus hidup pada 4 & 5 Julai ini.

Menurut pengarahnya Yusry Kamaruzaman, Aspirasi P’Ramlee bukan sekadar mengulang semula kisah lama, sebaliknya merangkum mesej kasih, pengorbanan dan gelak tawa dalam gaya moden supaya terus dekat di hati penonton generasi baharu.

“Kami nak bawa roh P. Ramlee ke pentas. Bukan sekadar komedi atau tragedi, tapi keseluruhan semangatnya yang pernah berkata: Aku Akan Hidup Seribu Tahun Lagi,” jelas Yusry.

Barisan Pelakon Ikonik & Wajah Baharu

Produksi ini mempertemukan nama-nama besar seni tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Roslan Madun, Tokoh Teater Kamarul AR, bersama bakat baharu Ema Akma, Suky San, Yazid Asril, Sharil Kamil, dan istimewa Najua P’Ramlee — cucu kepada seniman agung itu sendiri.

Gandingan generasi lama & baharu ini diyakini mampu menghidupkan watak-watak klasik dengan penuh rasa serta menambah keistimewaan pada keseluruhan pementasan.

Bukan Sekadar Nostalgia – Ini Cinta Seni Melayu

Pementasan selama dua malam ini dijangka menarik peminat setia filem-filem P. Ramlee serta mereka yang ingin menyelami makna sebenar warisan seni Melayu. Lebih daripada sekadar mengimbau kenangan, Aspirasi P’Ramlee adalah tanda bahawa seni agung tidak akan mati, malah sentiasa relevan.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Langkawi Bakal Jadi “Blueprint” Pelancongan Mesra OKU, JOKAL 2025 Buka Jalan

Hilang Kasyorga – Drama Thriller ‘Dark’ Tentang Lorong-Lorong Kuala Lumpur, Eksklusif di Unifi TV