in ,

Langkawi Bakal Jadi “Blueprint” Pelancongan Mesra OKU, JOKAL 2025 Buka Jalan

Langkawi kini tidak lagi hanya destinasi percutian biasa. Menerusi penganjuran Program Jelajah OKU x Asnaf Langkawi (JOKAL 2025) selama 7 hari 6 malam yang menghimpunkan 120 peserta dari seluruh Malaysia, pulau legenda ini mula menjejak visi baharu sebagai model pelancongan inklusif mesra OKU & komuniti rentan.

Dianjurkan oleh CMA Media Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Belia OKU (MBOKU) & Balai Seni Negara Langkawi, program ini menyatukan tiga fokus utama: akses fasiliti mesra OKU, peluang keusahawanan komuniti asnaf & kesedaran kelestarian alam sekitar.

Lebih Dari Sekadar Percutian – Ini Gerakan

Menurut Presiden MBOKU, Mohd Faiz Suhaimi, JOKAL 2025 bukan sekadar ‘lawatan’, tapi satu platform untuk melihat sejauh mana Langkawi boleh diangkat menjadi destinasi benar-benar inklusif.

“Fokus kami pada fasiliti mesra OKU, kelestarian alam sekitar & membuka peluang pendapatan baharu. Ini peluang besar bagi golongan OKU & asnaf.”

Berkampung di Holiday Villa Langkawi, program ini juga sambung momentum daripada Eksplorasi Belia OKU tahun lalu. Antara lokasi dilawati: Galeria Perdana, Taman Buaya, Kompleks Kraf, Dream Forest & Underwater World, semuanya mengambil kira akses kerusi roda & sokongan mobiliti.

Lebih menarik, lebih 40 vendor turut serta dalam karnival jualan. Peserta bukan hanya melancong tapi turut memasarkan produk & belajar menjana pendapatan sendiri.

Dari Coral Planting Hingga Dive Spot Baharu

Pengarah Program JOKAL 2025, Ally Isyraf, mendedahkan program ini bukan berhenti di Langkawi.

“Selepas ini kami bawa ke Sabah, Sarawak & sasarkan kerjasama pelancongan inklusif dengan negara luar seperti Uzbekistan.”

Dalam masa sama, projek coral planting & biorock underwater museum pertama Malaysia akan dibangunkan di Pulau Kentut, sebagai tambahan dive spot selain Pulau Payar. Usaha ini bukan saja lonjak ekopelancongan laut, tapi buka lebih peluang ekonomi pada komuniti rentan.

Industri Pelancongan Perlu Bersedia

Suraya Saad, Pengarah Urusan CMA Media, akui Langkawi sudah ada asas kemudahan mesra OKU, tapi perlukan lebih usaha terutamanya maklumat pelancongan & tandas awam.

Sementara Pengarah Balai Seni Negara Langkawi, Zaslan Zeeha Zaini, berkata persediaan pelancongan inklusif penting kerana Malaysia menuju status negara warga emas pada 2030. Setiap lokasi kini dilengkapi kenderaan lif hidraulik, pengiring perubatan & sukarelawan mobiliti – bukti kesungguhan menjadikan Langkawi rujukan pelancongan inklusif.


🔎 Ringkasan Artikel:
  • JOKAL 2025 himpunkan 120 peserta OKU & asnaf ke Langkawi fokus akses fasiliti, keusahawanan & kelestarian.
  • Pulau Kentut jadi lokasi coral planting & muzium bawah laut pertama Malaysia, lonjak ekopelancongan.
  • Program akan dikembangkan ke Sabah, Sarawak & luar negara, buka lebih banyak peluang komuniti rentan.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tukar Lokasi Demi Peminat, Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti Kini Di PICC

Teater Aspirasi P’Ramlee: Legasi Bujang Lapok & Ibu Mertuaku Kembali Hidup di DBP