Jemaah Haji Terpilih Panggilan Pertama (P1) serta jemaah Rayuan dinasihatkan agar bertindak segera susulan pengumuman Tabung Haji bahawa pendaftaran bagi kedua-dua kategori akan ditutup pada 22 Disember 2025.
Sehubungan itu, Irzak Travel & Tours Sdn Bhd, selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen, menggesa jemaah supaya tidak menunggu saat akhir bagi memastikan proses pendaftaran dan pemilihan pakej dapat dilakukan dengan lebih teratur dan tenang.

Nasihat kami kepada Jemaah Haji Terpilih Panggilan Pertama dan Rayuan adalah agar tidak menunggu saat akhir. Pendaftaran awal memberi lebih ruang untuk jemaah membuat persediaan dengan selesa
Tuan Haji Amzari Jaafar, Ketua Operasi Haji Irkaz Travel.
Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd, Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen.
APA
Tawaran pakej Haji Selesa dengan diskaun sehingga RM10,000.
BILA
Pendaftaran Haji P1 & Rayuan ditutup pada 22 Disember 2025.
DI MANA
Malaysia, melalui Irkaz Travel & Tours.
MENGAPA
Untuk memudahkan jemaah membuat persediaan Haji dengan lebih selesa dan tersusun.
BAGAIMANA
Melalui pakej berfokuskan keselesaan, bimbingan ibadah dan pengurusan berpengalaman.
Pakej Selesa Untuk Jemaah Berusia
Bersempena tempoh akhir pendaftaran ini, Irkaz Travel menawarkan PAKEJ SELESA khas untuk jemaah P1 dengan diskaun sehingga RM10,000, menjadikan harga bermula serendah RM44,900. Pakej ini direka khusus bagi memberi keselesaan maksimum, terutama kepada jemaah berusia 50 tahun ke atas.
Antara keistimewaan utama termasuk penginapan di Hotel Orient Manabir, Aziziyah, hanya satu malam bermalam di khemah Muassasim yang dilengkapi sofa bed, serta penggunaan Speed Train Mekah–Madinah bagi mengurangkan keletihan sepanjang ibadah.
Pilihan Pakej Tambahan
Selain Pakej Selesa, Irkaz Travel turut menawarkan EZGO Plus dan Premium Elite bagi musim Haji 1447H/2026M, dengan penekanan kepada kemudahan, keselesaan dan bimbingan ibadah lebih menyeluruh. Bagi pakej Premium Elite, jemaah akan menginap di Hotel Safwah, Mekah dan Al Aqeeq, Madinah.

Semua pakej Haji Irkaz Travel merangkumi penggunaan Speed Train, serta tiga kali hidangan sehari di Mekah, Madinah dan Aziziyah.

Turun Padang Santuni Jemaah
Bagi memudahkan jemaah mendapatkan maklumat secara bersemuka, pasukan Irkaz Travel turut melaksanakan inisiatif turun padang ke 52 masjid terpilih di seluruh negara. Usaha ini bertujuan memberi penerangan, konsultasi dan panduan pendaftaran secara terus kepada jemaah sebelum tarikh tutup.
Menurut Irkaz Travel, keseluruhan pengurusan jemaah akan dikendalikan oleh pasukan berpengalaman lebih 20 tahun dalam operasi Haji, bagi memastikan urusan di lapangan berjalan lancar dan berhemah.



GIPHY App Key not set. Please check settings