in

Disney Breakfast Besties Ubah Genting Jadi Destinasi Sarapan Paling Comel

Resorts World Genting (RWG) tampil dengan tarikan baharu apabila membawakan Disney Breakfast Besties Pop-Up pertama di Malaysia, berlangsung dari 22 Mei hingga 28 Jun 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, Kimhua Atrium diubah menjadi ruang bertemakan sarapan yang penuh warna-warni dengan gabungan karakter Disney, makanan ikonik tempatan dan pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Acara ini menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan dunia Disney dengan budaya sarapan rakyat Malaysia dalam suasana yang menyeronokkan.

BUZZ RINGKAS

SIAPA
Resorts World Genting & Disney.

APA
Disney Breakfast Besties Pop-Up pertama di Malaysia.

BILA
22 Mei hingga 28 Jun 2026.

DI MANA
Kimhua Atrium, Resorts World Genting.

MENGAPA
Membawa pengalaman keluarga bertemakan Disney dan budaya sarapan tempatan.

BAGAIMANA
Melalui aktiviti interaktif, koleksi eksklusif dan permainan bertemakan Disney.

Plushie Disney Jadi Tarikan Utama

Salah satu tarikan yang paling mencuri perhatian ialah Breakfast Hub Plush Experience yang membolehkan pengunjung melihat sendiri proses pembungkusan plushie Disney seolah-olah sedang membuat pesanan sarapan.

Lebih menarik, ‘chef’ khas akan menyediakan dan membungkus pembelian secara langsung di hadapan pengunjung, menjadikan pengalaman membeli koleksi Disney lebih interaktif.

Aktiviti ini berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk mereka yang membeli pakej tiga atau empat plushie Disney Breakfast Besties.

Syurga Buat Peminat Disney

Selain itu, Breakfast Market Pop-Up Store menawarkan pelbagai koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada menu sarapan tempatan.

Pengunjung juga boleh bergambar di pelbagai sudut bertemakan Disney Breakfast Besties termasuk Mickey Kopi dan Disney Baked Goods yang direka khas untuk acara ini.

Turut menjadi perhatian ialah permainan interaktif Pau Tac Toe yang diinspirasikan daripada permainan klasik tetapi diberikan sentuhan Disney yang lebih comel dan kreatif.

Cabaran Bertemakan Sarapan

Pengunjung yang gemar aktiviti interaktif boleh menyertai Passport Journey yang menawarkan beberapa cabaran menyeronokkan.

Antaranya termasuk Teh Tarik Toss, Find Your Kaya Toast dan Make Your Sandwich yang direka untuk melibatkan seluruh keluarga.

Mereka yang berjaya melengkapkan kesemua cabaran akan menerima pelekat koleksi eksklusif sebagai kenang-kenangan.

Hujung Minggu Lebih Meriah

Kemeriahan acara diteruskan setiap hujung minggu menerusi Persembahan Teh Tarik yang menampilkan aksi lincah dan penuh tenaga.

Persembahan tersebut menjadi antara aktiviti yang paling dinanti-nantikan kerana menggabungkan elemen budaya tempatan dengan suasana santai dan menghiburkan.

Aktiviti Untuk Seisi Keluarga

Bagi keluarga yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak, Art Corner dan Origami Corner turut disediakan sepanjang tempoh acara.

Aktiviti ini membolehkan pengunjung menghasilkan karya kreatif sendiri dalam suasana yang santai dan mesra keluarga.

Ahli Genting Rewards yang berbelanja minimum RM100 atau bukan ahli dengan perbelanjaan minimum RM150 layak menyertai bengkel tersebut.

Banyak Hadiah Menarik Menanti

Selain pelbagai aktiviti, pengunjung juga boleh menikmati program Spend & Redeem yang menawarkan barangan eksklusif bertemakan Disney.

Tawaran ini diberikan kepada ahli Genting Rewards yang berbelanja minimum RM500 serta bukan ahli yang berbelanja minimum RM700 di resort tersebut.

Dunia Disney Bertemu Sarapan Malaysia

Disney Breakfast Besties Pop-Up bukan sekadar acara membeli-belah atau pameran biasa, sebaliknya satu pengalaman yang menggabungkan nostalgia Disney dengan elemen budaya tempatan yang dekat dengan rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai aktiviti, permainan dan koleksi eksklusif yang ditawarkan, acara ini dijangka menjadi antara destinasi wajib dikunjungi keluarga dan peminat Disney sepanjang cuti pertengahan tahun.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Gegar Malaysia Di Latihan Pestapora Malaysia 2026!

Pencabar Baharu Industri Pizza! Little Caesars Rasmi Masuk Malaysia