in ,

Hilang Kasyorga – Drama Thriller ‘Dark’ Tentang Lorong-Lorong Kuala Lumpur, Eksklusif di Unifi TV

Syarikat produksi Country & Universal Sdn Bhd sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap karya berkualiti dengan hadirnya Hilang Kasyorga, sebuah drama bersiri thriller kekeluargaan sebanyak enam episod untuk slot Unifi TV Originals.

🔎 Ringkasan Artikel:
  • Hilang Kasyorga bawa tema anak lorong hilang & sindiket pemerdagangan manusia, tayang 23 Jun di Unifi TV.
  • Diarahkan Feroz Kader, dibintangi Kamal Adli, Nabila Huda, Azhar Sulaiman & ramai lagi.
  • Lokasi real lorong Chow Kit & Bukit Bintang, cerita gelap penuh aksi & jiwa.

Menemui penonton bermula 23 Jun 2025 di saluran DEGUP (Saluran 120, Unifi TV), siri ini mengangkat sisi gelap kota Kuala Lumpur, sarat isu pemerdagangan manusia, pedofilia dan permainan konspirasi politik yang dijalin dalam satu plot mendebarkan.

Anak Lorong Hilang, Bekas Pembunuh Upahan Masuk Kira

Hilang Kasyorga mengisahkan seorang anak lorong bernama Kasyorga (Adra Mikayla) yang hilang tanpa jejak ketika bermain. Bapa angkatnya Pak Bakar (Azhar Sulaiman) meminta bantuan jiran, Rodi (Kamal Adli) – seorang bekas pembunuh upahan – untuk menjejaki Kasyorga.

Dalam masa sama, Rodi menerima kontrak membunuh Datuk Zaza (Nabila Huda), ahli perniagaan wanita terpalit skandal seks dengan pemandu & PA-nya, Reza (Luqman Hafiz). Persoalan besar: siapa sebenarnya menculik Kasyorga? Adakah sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai Ram (Arfie Shah) atau pedofil pembunuh bersiri di kota ini?

Aksi, Jiwa & Lorong-Lorong KL Jadi Pentas Cerita

Menurut pengarah Feroz Kader, drama ini “berat” namun dekat dengan masyarakat. Lokasi penggambaran juga kebanyakan dilakukan di lorong Chow Kit & Bukit Bintang demi rasa realistik.

“Drama ini bukan saja menyentuh isu pemerdagangan manusia, tapi penuh aksi. Istimewa, gabungan pelakon muda & senior beri 100% komitmen. Harap penonton rasa jiwa mereka terusik,” kata Feroz.

Produksi ini dibarisi pelakon hebat seperti Kamal Adli, Nabila Huda, Azhar Sulaiman, Arfie Shah, Ellie Suriaty & ramai lagi.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Teater Aspirasi P’Ramlee: Legasi Bujang Lapok & Ibu Mertuaku Kembali Hidup di DBP

Barbarik Gegarkan Zepp KL Dengan Peluru Cokelat – Lebih 2,700 Peminat ‘Hadir Berperang’