Hubungan mesra antara ahli politik Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah sering kali menjadi tumpuan netizen.
Walaupun tiada sebarang kenyataan status sebenar mereka, seorang pengguna di TikTok berkongsi satu perkara yang seakan-akan ‘mengesahkan’ hubungan cinta yang berlaku di antara Syed dan Bella.
Menerusi video singkat yang dimuat naik, dapat dilihat beberapa foto mempamerkan bekas isteri kepada Aliff Aziz itu memakai ‘keychain’ yang sama dengan Syed.
“Couple keychains ke?” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan pemerhatian terperinci yang dilakukan oleh pengguna itu.
“Parah ni, sampai keychain pun boleh detect,”
“Dah macam dispatch artis Korea punya vibe dah paparazitizen kita,”
“Perghh dah selevel paparazzi Hollywood.”
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang berharap agar kedua personaliti menjalinkan hubungan sehingga ke jenjang pelamin.
“Harap jadi, penat doakan untuk mereka, maklumlah excited!”
“Lepas raya kahwin,”
“Semoga ada jodoh YB & Bella, amin.”
Sekadar info, Bella Astillah dan Syed Saddiq dilihat semakin rapat di mana kedua personaliti itu kerap melakukan konten media sosial bersama.
GIPHY App Key not set. Please check settings