in ,

Mesra Bersama, Netizen Sokong Syed Saddiq Kahwin Dengan Bella Astillah – “Bagai Pinang Dibelah Dua”

Hubungan rapat antara selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin menjadi bualan netizen.

Menerusi satu hantaran, dapat dilihat Syed Saddiq memuji kecomelan pelantun lagu CACACA itu semasa sesi siaran langsung di TikTok.

“Bella ni comel. Itu saya tak tahu pil apa dia makan,” ujar Syed Saddiq.

@stylefashionpv

YB suka sakat Bella 🫠Belakang Bella bukan main YB puji, depan depan malu pulak nak puji 🤭 maknanya apa gais 😝

♬ original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Bagaimanapun, sesi siaran langsung itu kemudiannya ‘diterjah’ oleh Bella bertanyakan kepada penonton perkara yang disembangkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya terdapat hubungan cinta antara Bella dan ahli politik tersebut.

“Kahwin jelah geram aku, aku pula yang rasa ‘butterfly’,”

“Saya rasa mereka sesuai berdua. Saya rasa Saddiq boleh didik dia jadi isteri yang taat,”

“Seperti pinang dibelah dua,”

“Nikah jelah kami sokong!”

Sekadar info, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri tahun depan.

Pada 13 Jun lalu , Bella sah bercerai talak satu untuk kali kedua dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup selama menjadi suami isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fazura Tak Tolak Berkahwin Lagi – “Semoga Yang Terbaik Buat Saya”

‘Upload’ Gambar Tak Berbaju, Netizen Tak Keruan Tengok Badan Idzham Ismail – “Gugur Iman Saya”