in ,

Hanya Gimik, Netizen Kecewa Khabar Angin Percintaan Amira Othman & Fattah Amin Sekadar ‘Marketing’ – “Kami Nak Sah”

Gosip mengenai ‘hubungan istimewa’ antara penyanyi, Amira Othman dan pelakon, Fattah Amin sebelum ini berjaya mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di akaun Instagram Fattah Amin, menyatakan bahawa khabar angin percintaan mereka sebelum ini hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan lagu terbaharu Amira berjudul Bila Nak Kahwin.

“Jadi betul ke? Dah terjawabkan dalam video muzik Bila Nak Kahwin. Terima kasih Kak Long (Amira) sebab sudi panggil Abang Long (Fattah) untuk berkolaborasi,” tulis Fattah pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa kecewa kerana gosip tersebut hanya sekadar gimik.

“Kami tak nak gimik, kami nak sah.”

“Hari frust satu Malaya, menjadi sangat gimik. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka.

“Tapi sesuai, kita approve je.

“Kalau betul- betul nak kahwin pun kami on sahaja. Sama-sama lawa dan sepadan,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Amira Othman tampil membuat permohonan maaf sekiranya gimik yang dilakukan bagi melancarka single terbaharunya itu memberi kesan pada orang ramai.

Malah, dia turut mengesahkan bahawa tiads hubungan istimewa antara dirinya dan pelakon filem Pendekar Awang itu dan status mereka hanya sekadar kawan.

Terdahulu, Amira Othman sebelum ini berkongsi video rangkuman 2024 memperlihatkan seorang lelaki bertopi dan memakai cermin mata hitam.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang identiti lelaki itu dan ada juga yang mendakwa bahawa individu berikut merupakan Fattah Amin.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tular Video Cik Epal & Jofliam Perang Mulut, Netizen Naik Muak – “Dua-Dua Sama Perangai”

Isteri Tak Setuju Aliff Syukri Keluar Lagu Raya Baru, Doa Minta Jauh – “Aku Tak Nak Dengar”