in ,

Disoal Tentang Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Ini Respons Bella Astillah – “Tak Hisap Rokok, Vape & Yang Paling Penting…”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Menerusi hantaran di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31,berkata, dia enggan bersuamikan jejaka dalam kalangan penggiat seni.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu bakal suaminya merokok selain tidak terjebak dengan pengambilan minuman keras atau barang terlarang.

“Tak hisap rokok, vape, shisha, sudah tentu tak pergi kelab malam! Tak minum alkohol.”

“Tidak terlibat dengan bahan terlarang dan paling penting dia bukan dalam industri seni,” ujarnya.

@didi_angel_astillah

Nahhh saya belanja kamurang jawapan cepumas dari kak bella. Saya lari dulu ah gaissss 😂🏃🏻‍♀️‍➡️ bye

♬ original sound – Didi Angel Astillah – Didi Angel Astillah

Bekas isteri kepada Aliff Aziz itu berkongsi perkara tersebut selepas diajukan soalan oleh adiknya, Didi Astillah yang bertanya tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Selain itu, Didi turut mengusik dengan bertanyakan sama ada kakaknya itu akan menerima lelaki yang terlibat dalam bidang politik.

Bella bagaimanapun hanya tertawa tanpa memberi sebarang respons sebelum berlalu pergi.

Terdahulu, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella menarik perhatian ramai apabila foto dan video dimuat naik di media sosial tular.

Malah peminat juga ‘merestui’ sekiranya mereka berdua bertemu jodoh suatu hari nanti.

Untuk rekod, Bella adalah ibu tunggal dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Banyak Fesyen ‘Pelik’, Ini Antara Pakaian Paling ‘Daring’ Semasa Anugerah Grammy Ke-67

Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Posting Aliff Syukri Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Dia Tak Taubat Lagi”