in ,

Awkward Masa Jalan Di Runway, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Netizen – “Lambai Sampai Ke Sudah”

Gelagat suami kepada pelakon dan pengacara, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz sering kali mendapat perhatian netizen.

Terbaharu, suami kepada ibu anak satu tersebut membuatkan ramai tidak ‘kering gusi’ semasa memperagakan koleksi Baju Melayu Bulan Bintang untuk Aidilfitri yang bakal tiba.

Menerusi hantaran di TikTok, Amirul dapat dilihat berjalan secara janggal dengan melambai ke arah penonton sambil diiringi oleh Ain dan cahaya mata perempuan mereka, Soraya.

@amsyarnaaif

Aku kannnnn 😭😭😭😭😭 baran betul 😭😭 #bulanbintang #sedekadmenyinar @meri yang busy @Bulan Bintang Official

♬ UBUR UBUR IKAN LELE SLOWED BY RZK – 𝙍𝙕𝙆

Susulan penularan video berkenaan, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa terhibur dengan riak muka dan gaya yang ditunjukkan oleh Amirul.

“Ain dah macam bawa dua orang anak hahaha”

“Bila introvert dipaksa jadi extrovert,”

“Lambai sampai kesudah,”

“Confuse mana satu budak,”

“Dia lambai sambil tahan nafas ke weh?”

Sekadar info, Ain dan Amirul telah berkahwin pada tahun 2019.

Selain Soraya, rumah tangga Ain dan Amirul bakal dihiasi dengan cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

”You Tak Suka Besar, Keras?” – Buat Lawak Double Meaning, Netizen Kritik Dini Schatzmann

Pakai Keychain Sama, Netizen Sahkan Syed Saddiq & Bella Astillah Bercinta?