in ,

”You Tak Suka Besar, Keras?” – Buat Lawak Double Meaning, Netizen Kritik Dini Schatzmann

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann dikecam warganet gara-gara membuat jenaka ‘double meaning’.

Menerusi hantaran di TikTok, kedua pelakon tersebut dapat dilihat membeli barangan mentah untuk tujuan masakan.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu dapat didengari membuat lawak berunsur lucah seperti bertanyakan kepada Janna sama ada dirinya suka akan sesuatu yang ‘besar’ dan ‘keras’.

“Sayang yang ni besar, keras, macam ni tak boleh,” ujar Janna.

“You tak suka besar, keras?” soal Dini.

@jannanickofficial

ramai ramai macam ni berbaloi la nak masak..kalau setakat dua orang.. order je lah 🤣 #cooking #mukbang #food #foodie

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan jenaka Dini.

“Dini ni selalu je ada double meaning,”

“Cakap apa-apa mesti ada double meaning,”

“Jangan bukan-bukan dengan makanan.”

Untuk info, Janna Nick mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023. 

Hampir dua tahun berkahwin, pasangan itu bagaimanapun belum mempunyai sebarang cahaya mata.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Posting Aliff Syukri Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Dia Tak Taubat Lagi”

Awkward Masa Jalan Di Runway, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Netizen – “Lambai Sampai Ke Sudah”